Thursday, October 14, 2010

Salam..

Hari ini Khamis, 14 Oktober 2010...jam 12 .05 tgh malam...

Aku tak sabar nak tunggu tugasan aku di Nanning, China...aku akan ke sana pada 17 Oktober 2010 ni. hari Ahad...flight aku dalam pukul 12 tghari dari KLIA ke Nanning Airport, China..

Cuma nak cakap kat sini,kalau aku ada buat apa2 salah dan silap dekat sapa2,melawak ke terkasaq ke, nak mintak maap banyak2...biasalah....aku juga manusia dan aku mesti buat kesilapan....

Oklah,terima kasih bagi yang sentiasa melawat blog aku ni...

Aku akan ada di Nanning, China dari 17 sampai 25 Oktober 2010 ni..doakan segala2nya berjalan dengan lancar...

SALAM....

Tuesday, October 5, 2010

EH, I DAH BELI LORI TAU!!!

NAK BERCINTA??? LU PIKIRLA BAIK2!!!

DENGAR NI BAIK-BAIK WAHAI PENDUDUK KAMPUNG...
KISAH SEORANG LELAKI YG DIHINA SEBAB TERLALU PERCAYAKAN CINTA..
AMBIK OBAT!!

Saja mau cherita...

Raya dah pun hampir habis...aku pun dah lama tak pegi fitness training... perangai aku, kalau tak pegi fitness training,nnt aku tension macam boyfren yang awek dia melarikan diri..hihihi...tapi betul ni, bukan lawak macam kat astro raja lawak tu...aku serius ni....tak percaya tanya aku....

Monday, October 4, 2010

Manusia dan binatang....siapa lebih 'binatang'?

Tengok ni

Bandingkan antara dua video berkenaan...yang satu makhluk ni dianugerahkan akai dan otak (manusia) dan satu lagi cuma ada otak,tapi akai tarak (binatang).....

BUDAK TERTELAN BATERI?????

Masha Allah, terkejut teman mendengornye.... Tup tap tup tap, tajuk utama akhbar Metro hari ni, ada budak kecik tertelan bateri masa main-main dengan abangnya..Klik sini..Macamana bleh jadi macam tu,dik? kesian nya....aduhai...macam2 sekarang ni..

Sunday, October 3, 2010

Woody Woodpecker show.......hihihihih....

Semalam baru saja aku sembang ngan ayah aku....hihiihihihi.....tak lain tak bukan pasal isu pemilihan parti PKR ni....kan hari tu dah jadi kecoh2 sana sini, bertumbuk, bawak lari peti undi, mcm2 lagila... hihihihihi.....

Saturday, October 2, 2010

Al-Fatihah...

AL-FATIHAH



Semalam,1 Oktober 2010... rakan sepejabat aku, Mohd Jasni Abu Bakar, telah

Thursday, September 30, 2010

"ITU AKU, SEJARAH AKU..."

Salam....


Ini kisah silamku...ini kisah benarku....ini kisah seorang pria yg pernah dalam perjalanan hidupnya kehilangan arah jua kekuatan...kisah seorang pria yg pernah dalam kisah hidupnya mengabadikan diri utk mencintai & menyayangi wanita... kisah seorang pria, yg pernah merasa akan kehebatan dirinya kerana menyangka memiliki akan kehebatan cinta yg tulus.....



Tuesday, September 28, 2010

POLITIK NYATA DAN PEDAS.....

Sikit saja aku nak cakap....


INI PASAL PARTI....TAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MATI......

Demokrasi la sangat....

Kali ni posting aku mungkin ada yang tak minat nak baca....takpalah, yg tak minat tu aku tak paksa, tp yang nk baca tu, silalah ya....

Aku tengok pemilihan parti PKR kali ni tak ubah macam budak kecik2 kalah main bola...kalau budak kecik tu, tgk la reaksi diorang tu bila kalah main bola ke, kalah main guli ke, mesti nangis, mesti rasa tak puas hati...

Cepat,Cepat, Cepat

Aku baru lepas tengok graf emas td..jatuh menjunam beb!! apa lagi, bagi yang berduit tuu, ini mmg masa paling sesuai nak tangkap emas...cepat, cepat..jgn menyesal kalau tak tangkap sekarang.

Monday, September 27, 2010

Santapan Raja Bersiong...

Hari ini.....27 September 2010...jamuan raya kat tempat aku keja d tingkat tiga....aku turun lewat skit, nk setel keja....jamuan raya ni aktiviti biasa opis aku tiap2 tahun....setiap tingkat akan buat jamuan raya sendiri.. dan ada jamuan raya MEGA pada 29 September ni kat pjbt aku...ni gambar yang sempat aku ambik masa jamuan raya tu....

Saturday, September 25, 2010

Pengalaman bagi ceramah pd bekas2 penagih..

Halo..

Tengahari tadi,sejarah telah tercipta.....aku berjaya men'deliver' speech pada bekas2 penagih dadah berkenaan dengan peluang hidup, peluang perniagaan, peluang pekerjaan selepas keluar dari dunia ketagihan.....nak cerita skit la pengalaman berhadapan dengan geng2 ni....

Friday, September 24, 2010

Gold May Extend Gains on Wealth Protection, Weaker Dollar, Survey Shows

Baca petikan di bawah ni, dipetik dari Kitco.com, at 23 September 2010, 10:18 a.m...baca jangan tak baca....

Klik sini

Nasib badan...

Aduhhh....ini satu lagi masalah aku....esok, 25 September 2010, akan terciptalah satu lagi sejarah hidup aku sepanjang aku dengan kerja aku ni..

Thursday, September 23, 2010

PTPTN..Bila nak habis hutang ni...

Aku skrang nak cakap pasal isu yg aku rasa bukan saja penting untuk aku, tp untuk ribuan graduan yang ada di luar sana..

PTPTN...sapa yang tak sedia maklum dengan perkataan ni...baru2 ni ada pengumuman PTPTN nak potong gaji tahun 2011,ok la tu..aku tak kisah...tp cepat pulak PTPTN ni kalau bab potong gaji...

Wednesday, September 22, 2010

USD menjunam lagi!!!!!Wang kertas oh wang kertas....

aduhai,aku tengok dolar amerika ni smakin susut nilai dia..sblm ni, aku ada posting pasal currency ni, USD 1 = RM3.09...skg ni harga dia dah jatuh jadi USD 1=RM3.01, skit lagi nak terjun ke RM2 lebih...itu maknanya pengukuhan mata wang RM berbanding USDla...bagusla macam tu...biar sampai USD1 = RM2 lagi bagus...tp mustahil la...

tp aku terpikir sejenak tentang hasrat kerajaan ingin membuka kembali dagangan mata wang kita....

takut jugak kalau2 menjunam skali lagi....hmmm...

BACA NI....simple dan senang paham walaupun agak panjang penerangan dia..

Beberapa Masalah Wang Kertas

Gold Price Incr!!

Wacaa!!!!

itu ayat pertama yang aku nak cakap dalam entry kali ni...ini berkenaan dengan posting aku sebelum ni...baru semalam masa aku posting entry sebelum ni, smlm,dalam pukul 12 tgh malam, 21 September 2010, harga emas berlegar sekitar RM141.10/gram,

tp masa aku check tadi, 22 September 2010, jan 10.00 pagi, harga emas dah shoot up to RM145.6/gram, maknanya peningkatan sebanyak RM4.50/gram dalam masa tak sampai setengah hari!!!

Tuesday, September 21, 2010

Dollar weakening, Commodities price go down (time to grab)...



Umum mengetahui tentang kedudukan ringgit malaysia yang merudum berbanding dolar amerika...Kalau tak silap aku, pada Julai 1998, ringgit mencapai paras terendahnya dalam urusniaga berbanding USD iaitu sekitar USD1=RM4.326...

sebelum krisis kewangan serantau tercetus pada Julai 1998, harga ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika adalah di sekitar, kalau tak silap aku la, di sekitar 1 USD=RM2.50..dikatakan bahawa penyebab utama kepada kemerosotan matawang ni ialah kerana penyangak matawang, George Clooney, haha, bukan lah, George Soros, seorang Yahudi..tp bukan itu yg aku nak bincang dalam entry kali ni....

Kepelbagaian pemikiran penulis blog...

Hi,
Kebelakangan ni, di Malaysia ni blog2 byk bercambah macam cendawan tumbuh lepas hujan... & kebanyakan blog2 ni adalah berunsur politik, cerita kehidupan peribadi , cerita cinta, dan cerita keluarga..

Monday, September 20, 2010

Hari pertama bekerja selepas raya...


Salam..

Hari ni hari pertama aku masuk ofis setelah seminggu bercuti raya.. tapi masuk2 opis, potong terus..ada meeting la plak....nak kena jawab macam2 soalan, jenuh nak tepis nnt...tp dalam dok meeting tu, sempat jugak aku taip entry ni, siap tangkap gamba guna web camera laptop lagi...sementara tunggu time aku buat pembentangan, sempat la aku bergambar lg...

Saturday, September 18, 2010

Pulangnya seorang perantau..

Raya dah masuk seminggu...

Baru sekejap td, dalam pukul 7.30 mlm, 18 September 2010, abg aku yg paling rapat dengan aku masa kecik2 dulu bertolak pulang ke Johor Darul Takzim..dia sampai Penang hari selasa lepas,15 September 2010, 5 hari selepas kita menyambut raya aidilfitri..
biasala, abg aku ni keja jauh,lgpn dia dah ada mentua kat kl,kna la sambut raya kat sana dulu, baru balik penang....

utk pengetahuan, abg aku ni, sjak kecik, aku la yg paling rapat dengan dia..susah senang, rahsia antara aku ngan dia masa kecik,mcm2 lagi kenangan aku dengan dia..Ini gambar anak dia yang paling kecik,umo dalam setahun lebih..Nur Afiyah Qaisara..



Friday, September 17, 2010

Antara awek,kawan dan keluarga, siapa harus diutamakan?

Raya dah dekat seminggu berlalu...bleh kata persiapan aku tahun ni agak membahayakan..dekat2 4 angka jugakla aku bershoping untuk diri sendiri..aduhai, bila la aku nak jadi seorang yg pandai menyimpan duit ni...

tp ada perkara yang aku nak bincangkan dalam post kali ini... tajuknya simple.. "antara awek,kawan, & keluarga, siapa harus diutamakan?"...ok la, para pelayar blog aku yg tak seberapa ini...kita smua pasti punya keluarga sendiri, ada kawan2, & sesetengahnya ada awek dalam kehidupan seharian (kecuali aku..arghh, aku tak ambik port sangat..).... dan kadang2 dalam kita membuat pilihan, tak kisahlah sama ada p beraya rumah kawan ka, p kenduri kawin ka, p zoo negara ka,kita mesti p ke tempat2 berkenaan dengan berteman...

Maka bercerailah dikau wahai jin,jasad & nyawamu..



Video yg aku upload ni berkenaan dengan rasukan jin terhadap manusia.... mmg dah diterangkan dalam Al-Qur'an tentang kwujudan jin yg hidup berkongsi hidup di dunia ini dengan manusia....

Shamsul Iskandar tukang karut...

Kalau korang semua ada dengar statement shamsul iskandar dlm TV selangor tu, ketua AMK yg bebal tu, mengatakan tentang kemungkinan penglibatan polis khususnya bekas KPN Tan Sri Musa Hassan dalam kes pembunuhan DAto sosilawati baru2 ni... apalah bodoh sangat kartun gemuk dan botak keadilan ni?semua kes pasal mati dibunuh ni, smuanya cuba dikaitkan dengan kerajaan..apasal le dalam otak tu ada najis2 lembu masih berselerak dan mampat sampai tak mampu nak pk tentang rasional dan secara fakta pembunuhan arwah2 dato sosila dan rakan2nya...

16 September : Pengakuan Zul Noordin

16 September 2008...tarikh keramat bagi tukang kencing dan para pengikut hardcorenya..aku bukannya nak marah apapn,tp aku terpikir betapa bebalnya para pengikut fahaman kencingisme yg terus menerus menyokong King Putar Alam Shah tanpa rasa tertipu...penuh dengan angan2,igauan, & harapan palsu semata... dah berapa byk kali king putar alam shah made in permatang pauh menipu para pengikutnya, namun kebebalan para pengikut king tersebut umpama kulit buaya yg memang sampai bila2 pn takkan tertembus..

Thursday, September 16, 2010

M.C.A....punca kematian akibat api...



Aku ni sebenarnya pernah menulis sebelum ini,ttpi aku pencen sebab hasil karya aku gagal untuk mendapat perhatian mana2 pihak walaupun permintaan dari kawan2 aku tu ada..buat apa aku menulis kalau kawan2 aku mintak, diorang bukan boleh sua duit kat aku pn..tp skg ni aku menulis kembali, bukan sebb dah ada org nak bagi royalti kat aku,tp sbb aku nampak kejumudan dan ketaksuban melampau2 puak2 viking semakin menjadi2...

Wednesday, September 15, 2010

"Pakat Kencing Ramai2" Menyambut Ulangtahun ke 2...




Kalau kita masih ingat lagi tahun 2008 lalu, negara dikejutkan dengan pengakuan seorang tukang karut a.k.a sesumpah politik yg dengan yakinnya menyebut bahawa perubahan kerajaan persekutuan akan berlaku pada 16 September 2008.. Alkisahnya dicanangkanlah akan cita2 mat jeninnya itu akan ke sekalian kampung dan ceruk2 hutan, bahawa beliau itu akan akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6... maka, tertipulah sang rakyat termasuklah dari golongan bangsawan, bangsatwan, golongan atasan, mahasiswa, mahasiswi, pekedai2 runcit, tukang tampal tayar, pecacai tua angkat najis, pegawai2kerajaan, persatuan2 penyamun, pendistributor 'KY JELLY', pemain poker, hatta rakyat termiskin dan golongan2 marhaen pn ikut tertipu..

Antara Beng Hock dan Salleh Hamdan....


Baru-baru ni, takla baru sangat, dah agak lama dah, Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan teoh beng hock, setiausaha politik seorang tauke DAP yg ditemui mati dibunuh di pejabat SPRM, di Plaza Massalam, Shah Alam...habis dikecoh geng2 ultra kiasu tentang kematian Beng Hock ni..tak terkecuali melayu2 yg sama2 nak tunjuk hero tentang kematian Beng Hock ni, dan dikatakan bahawa pihak kerajaan@ SPRM yg bertanggungjawab dalam kes ni...

Bebal sungguh la diorang ni..

Tuesday, September 14, 2010

PDRM, teruskan usahamu, usah peduli kata2 org goblok...




Malam semalam, aku ke Safira Sports Planet Seberang Jaya dengan niat nak tengok office mate main futsal...dan aku pn ke sana...tp tanpa dirancang, aku bertemu kembali dengan kawan2 masa aku di sekolah menengah dulu...& ada seorang kawan aku datang salam dgn aku..kawan aku ni cakap, dulu masa sekolah,pantang jumpa,kalau jumpa, mesti nak gaduh..ya,mmg aku akui..tp aku gaduh bukan saja2,takdak angin takdak ribut, aku nak pukul dia...smuanya sebab dia byk provoke aku dulu, dan merasa la dia amukan lelaki melayu terakhir....kalau tak silap aku,masa tu masa spm , fight punya fight (macam budak2 kan), dlm library pulak tu,mamat ni dah tewas,tp kerana tak puas hati, siap cakap nak panggil geng lg, macam hindraf la pulak,(dulu masa SPM 98 hindraf tak wujud lagi,kih2)..siap serang aku dari belakang,kah2...dah tewas buat cara dah tewas la...tp itu kisah dulu, lagipun skg ni masa beraya, tak yahla nak ingat kes2 dulu lg...skg masa bermaaf2an...tp ada satu pernyataan berat sebelah mamat ni lagi, rupanya dia masih macam tu..ada pulak

Nak datang beraya,tp nk tunjuk pandai...

Baru sekejap tadi saudara mara aku datang beraya di rumah, memang bersambung-sambung jugakla..alhamdulillah, aku pun seronok jugak....dengan pak sedara, mak sedara, sepupu sepapat semua datang melawat...ok la tu...tp dalam pada tu, ada jugak yg aku tak senang hati..ada satu pakcik aku ni tunjuk pandai, konon dia ni pandai berbicara dalam soal politik la, nasib la aku ingat dia pakcik aku plus dia tetamu datang nak beraya, kalau tak, dah lama aku rasa nak berdebat dengan dia....tp oleh sebab dia tetamu, biarlah dia syok sendiri cakap pasal politik...byk isu yg dia cakap, antaranya..

Zuraida oooh Zuraida.....

Zuraida the kampung girl....





Slepas umum mengetahui mengenai kes Sosilawati & rakan2 beliau dibunuh, ramai yang menyatakan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Cara pembunuhan yang begitu kejam cukup meninggalkan kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa.

Cuma aku cukup pelik bilamana terdapat si moron2 politik yg cuba mengaitkan isu ini dengan kes pembunuhan altantuya shaaribu & bermacam2 helah serta fakta yang tidak tepat..masing2 nak jadi inspektor gadget termasuk la jugak Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Looser Kamarudin..

AL-Fatihah buat Datuk Sosilawati dan rakan2...


Salam sejahtera buat rakan2,

Hari ini, aku kembali menulis...dan hari ini juga,Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam...Pukul, bunuh, bakar, buang... inilah yang sebenarnya terjadi kepada arwah Datuk Sosila yg cukup sadis kita mendengarnya...

Friday, July 16, 2010

Jgn ada masalah lg..

Apa pandangan anda bila orang yang anda pernah sayang tetapi meninggalkan anda, tiba2 telefon anda semula setelah setahun berlalu ? sukar atau mudah bagi anda? dia bercakap telefon seperti biasa, mesra dan diselang seli dengan gelak ketawa...tp aku tetap tiada langsung rasa nak gelak ketawa atau mesra....perasaan itu sudah hilang, mungkin.....hmm.. inilah dunia..... mungkin ada yang sudah dapat menggantikan dia... mungkin...segalanya mungkin....

Thursday, July 15, 2010

Dengan izin Allah..

Aku baru saja tulis dalam blog aku tadi, kalau boleh, aku nak bertemu semula dengan seorang yang aku pernah sayang dulu masa aku sedang belajar.....

DAn dengan izin Allah, semua tu dipermudahkan....Allah terus kabulkan niat aku... Alhamdulillah...
aku baru saja tau di mana dia sedang bekerja sekarang, dan aku juga tahu dia sedang buat master study di salah sebuah IPTA di Malaysia dalam bidang yang sesuai dengan dia (semoga berjayalah hendaknya..)

Cetusan rasa..

Kawan2..aku nak minta maaf kalau ada perkataan aku dalam posting sebelum ni yang mnyakitkan hati..
Aku tak bermaksud macam tu...cuma aku sedih tgk manusia ni, termasuk aku sendiri..
yg perempuan tu, pandai2 la jaga diri, pilih la yang bertanggungjawab, yg boleh membimbing,yg rasional,InshaAllah ada kehidupan yang selesa in future...

Terkesima..

Semalam aku dalam keadaan serba salah..

Izinkan aku berbicara tentang keduniaan sedikit....

Aku kenal dia cuma sbg kawan, dalam 3, 4 bulan lepas...biarkan aku namakan sbg "M",
cuma kawan, tak lebih dari itu...smpai sekarang, dia cuma kawan...adala dalam sebulan skali dua call, msg macam tu saja...sbb aku antara org yang susah mendekati wanita....aku tak kisah...aku selesa sebegitu...

Thursday, July 8, 2010

Kembalinya seorang lelaki....

Assalamu'alaikum.


Maaf pada kawan2 yang dok follow blog ni...aku pencen sementara sbb terlalu byk kerja kebelakangan ni..outstation sana sini...nak ditolak, dah tugasan aku..tak tolak, aku yang merana...baru2 ni, mgkn kerana tekanan terlalu kuat, hidung aku akhirnya menitikkan darah2 macam air paip masa aku tgh solat subuh....aku ingat cuma hingus atau air hidung apa tah, tp lepas solat, aku tengok cermin, rupa2nya darah yang keluar menitik atas kain pelikat aku...

Wednesday, March 10, 2010

Update..

Untuk pgtahuan kengkawan,gua masih lg dalam keadaan x sihat skg... sakit yg berpanjangan..hrp bersabar..InshaAllah,sembuh nnt,gua sambung posting lg... doakan gua sembuh....

Sunday, March 7, 2010

Sorry again....

Kepada sahabat2 yang mengikuti blog ini, gua mohon maaf sbb masih lagi tak update blog sehingga sekarang... kebelakangan ni gua dalam keadaan yang agak tertekan...maklumlah tugasan yang berlambak2 dan tanggungjawab adalah lebih kepada tugasan tersebut...gua perlu masa rehat sikit...tambahan pulak, mungkin disebabkan kerja, ditambah pulak dengan gua dah aktif sukan semula, sampai kurang masa rehat, sebabkan gua diserang demam panas dan sakit2 kepala sebelum ini,tekak gua pn mungkin membengkak dan doktor sahkan tekak gua kemerah2an, sebabkan gua sukar nak telan makanan...sakit kepala tu jgn cakaplah, dah kerap gua alami smpai kadangkala spt rasa nak tumbang di pejabat....tp gua akan cuba update blog ni secepat yang mungkin... harap bersabar yaa..

Monday, March 1, 2010

Sorry..

Kepada kengkawan yg follow blog ni,gua mintak maaf sgt2 sbb buat masa skg ni, gua jarang update blog sbb terlalu sibuk dengan program....byk keluar negara....balik kejap je, pastu keluar lagi...balik pulak malaysia, pastu keluar lg....... letih skit dengan agenda2, program2, macam2 lagi...so sorry..but i promise,i'll try my best to update blog once I'm free...sekarang ni kerap sakit kepala yang amat sangat, berdenyut2 smpai nak jalan pun susah...really affected my life...but this is my job..i sometimes enjoy it eventhough sometimes it turn my pain up...nevermind..i'll update my blog once free.ok?

Saturday, February 20, 2010

Hidup...

Sgala puji bagi Allah, Tuhan Adam bapa segala manusia,Tuhan Muhammad S.A.W, Tuhanku,Tuhan org2 kuffar yang mendustakan ayat2Nya, Tuhan Bani Isra’el, Tuhan Nasrani yg celakalah ke atas tangan2 mereka yang mngubah kalam2Nya demi keuntungan dunia yang amat sedikit.. Moga Allah maafkan aku sekiranya terdetik apa2 pn dari perasaan takabbur,riak, sombong sepanjang aku menulis, berkawan, mahupun dalam setiap saat hidup aku...

Oh Indonesia (Version 2)


Lepas solat tu, kami terus ke destinasi selanjutnya di parapet..tp dalam perjalanan tu, perut dah meragam..ya la....jauh gila dari pelabuhan penang ke belawan tu...6 jam lebih...dah tu, perut masing2 dah meraung ni...kami singgah makan di restoran namanya Rumah Makan Simpang Tiga...

Thursday, February 18, 2010

Oh Indonesia....Versi 1..

Nak dimulakan cita skit2 la...nnt aku cita step by step pengalaman kat Indonesia....InshaAllah lepas ni aku sambung balik kisah2 nabi dalam blog aku,smoga jadi teladan utk smua...byk sbnrnya kisah2 nabi yang cukup byk utk diambik pengajaran, tmasuk org2 yang slalu leka macam aku ni.... hmmm...nnt InshaAllah,aku ceritakan...
Kisah p indon ini akan disertakan ngan gambaq skali..smoga terhibur...

Hari pertama, 12 Februari 2010...

Saturday, February 6, 2010

Lahirnya Muhammad: Padamnya api majusi, runtuhnya istana Farsi...

Byk pkara pelik blaku smasa kelahiran Muhammad. Hassan bin Thabit, pnyair Muhammad menceritakanslh satu drpd tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun.

Pada hari itu aku berada dalam majlis org2 Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hassan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad, dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib...

Sensitiviti agama : Lynette oh lynette..



(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (AL-BAQARAH : 75)

Hari ini, jam 3.30 februari, aku ada add seorang Sabahans dalam YM aku, baru saja kenal dalam laman web FB, aku terjumpa komen dia dalam kes org Sabah (kalau tak silap la) menghina Nabi Muhammad s.a.w...Dia salah seorang yang menyokong pendapat agar jangan terlalu dihina budak2 2 org tu, sbb nnt org akan salahanggap Islam tu sbg agama yang tak berbudi..

Salah seorang yang menghina tu, namanya Lynette Lincoln,yg sorg lagi tu, aku tak pasti...

Thursday, February 4, 2010

Abrahah ingin meruntuhkan Ka'abah


Abrahah mahu memujuk dan mengambil hati Raja Najasyi... Lalu dia membina gereja yang paling besar pada masa itu di Yaman yg dinamakan al-Qulais. Abrahah menghantar laporan kepada Najasyi dan memberitahu dia sudah membina gereja yang paling besar di Yaman dan dia memerintahkan semua suku kaum Arab datang mengerjakan ibadah haji di Yaman. Abrahah mula menghantar utusannya kepada suku-suku kaum Arab supaya mereka datang mengerjakan haji di al-Qulais..

Apabila Umar menangis...

Dalam satu peristiwa, sahabat2 Muhammad bin Abdullah s.a.w pernah melihat Umar menangis kemudian tertawa tanpa sebab yg jelas..Akhirnya ada yang berani bertanya, "Wahai pemimpin org Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sbab yang dapat kami fahami."

Umar menceritakan, "Dahulu aku dan org2 Quraisy sgt membenci anak perempuan.

Sunday, January 31, 2010

Orthodox VS Zionisme..suatu pendedahan..


Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.

11 Fatwa Yahudi Orthodox adalah seperti berikut...

Dr. Ashraf Marwan: Matinya Tali Barut Israel



Tepat jam 1.00 petang waktu London pada 27 Jun 2007, seorang lelaki Arab Mesir telah terjun dari tingkap apartmen di Carlton House Terrace, London. Lelaki yang terjun itu mati serta-merta di tempat kejadian dengan kecederaan teruk di kepala.

Selepas bedah siasat, pihak hospital dan polis London mengklasifikasi kematian itu sebagai ‘pembunuhan’ dengan niat ke atas mangsa. Kenyataan ini dikeluarkan secara rasmi oleh Metropolitan Police Service di London.

Anak mangsa, iaitu Jamal juga mempercayai bahawa bapanya Dr. Ashraf Marwan mati akibat dibunuh oleh seseorang ketika mangsa berada di kediamannya.

Kematiannya amat menyedihkan rakyat Mesir kerana Ashraf Marwan adalah orang kanan Presiden Hosni Mubarak dan juga seorang billionaire muslim yang terkenal di Kota London.

Wednesday, January 20, 2010

Sirah Nabawiyyah V1

Pada asalnya, penduduk di Semenanjung Tanah Arab itu mengikut ajaran Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Isma'il a.s. Ttpi setelah lama masa berlalu, merekan menjadi sesat, myembah berhala yg dipahat dan diukir oleh tgn2 mereka sendiri.

Antara berhala yang terkenal ketika itu termasuklah al-lata dan al-uzza..al-lata terletak di kawasan thaif sementara al-uzza pula di jalan menuju Iraq..al-lata dihancurkan oleh Abu Sofyan sementara al-uzza dihancurkan oleh khalid al-walid, kedua2nya ketika pembukaan Makkah..

Holocaust, konspirasi atau sebenar?

Holocaust, sememangnya diketahui sedunia mengenainya. Ditambah pula dengan filem2 yg mengisahkan penderitaan kaum Yahudi semasa kekuasaan Nazi di Eropah.. Schindlers List dan berbagai2 lagi filem dihasilkan demi menagih simpati masyarakat dunia amnya dan Barat khasnya...

Sunday, January 17, 2010

Pak Lah kembali....

Jumaat,15 Januari 2010....aku tengah mesyuarat dgn kakitangan bahagian aku... baru aku nak start plan keja, bos aku maklumkan yg Tun Jeanne Abdullah (isteri Pak Lah) nak datang melawat projek hari Ahad, 17 januari,9.30 pagi...aku kena kluar meeting siapkan info skit sempena lawatan Tun Jeanne...kumpul balik info2 lama pasal projek tu, bukak fail cari maklumat.. Alhamdulillah,semua maklumat ada...projek tu sbnrnya dah pass kat agensi lain, tp ntah knapa, jabatan aku kena panggil sedia maklumat...dan aku in charge utk projek tu...

Masih relevankah aku utk terus solo?

Hari ini, dah masuk pertengahan bulan 1, tahun 2010...dan umur aku pun dah menginjak masuk 29 tahun...29 tahun? macam tak percaya...rasa macam baru semalam aku masuk matrik UIA... kawan2 ramai yg dah menikah, anak pun dah bederet2, tp aku tetap dengan mentaliti nk membujang.....

Mereka mahukan kepastian samada Nabi Musa itu tukang sihir atau Nabi....

Mereka mahukan kepastian samada Nabi Musa itu tukang sihir atau Nabi....Lalu mereka mencabar...

Pilih Allah atau ayah??.....

Sepanjang penyertaannya dlm bpuluh2 pprangan mnentang pasukan kafir, Abu Ubaidah mpunyai satu pengalaman yg sangat berat dan mengerikan. Pgalaman itu tjadi dalam perang Badar Besar dan telah....

Maka Fir'aun sangatlah marah......

Suatu ketika, Fir'aun sedang menimang Nabi Musa, janggutnya yg panjang ditarik sehingga tanggal. Maka Fir'aun sangatlah marah atas kejadian itu dan dia berkata; "Ini musuhku yang dikehendaki" seraya dipanggil tukang sembelih agar Nabi Musa disembelih. ...... Apabila Asiah mendengar kejadian ini, dia segera berlari berjumpa Fir’aun dan berkata: