Wednesday, January 20, 2010

Sirah Nabawiyyah V1

Pada asalnya, penduduk di Semenanjung Tanah Arab itu mengikut ajaran Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Isma'il a.s. Ttpi setelah lama masa berlalu, merekan menjadi sesat, myembah berhala yg dipahat dan diukir oleh tgn2 mereka sendiri.

Antara berhala yang terkenal ketika itu termasuklah al-lata dan al-uzza..al-lata terletak di kawasan thaif sementara al-uzza pula di jalan menuju Iraq..al-lata dihancurkan oleh Abu Sofyan sementara al-uzza dihancurkan oleh khalid al-walid, kedua2nya ketika pembukaan Makkah..



Mengapa Semenanjung Tanah Arab menjadi pilihan Allah untuk permulaan penyebaran agama di zaman Rasulullah, cuma Allah yang Maha Mengetahui..namun , boleh disimpulkan beberapa faktor mengapa semenanjung Tanah Arab dan Bangsa Arab mnjadi pilihan diutus Nabi akhir zaman, antaranya adalah faktor bangsa dan geografi.. Bangsa Arab adalah antara bangsa yang belum dicemar pencemaran pemikiran dan ideologi dan seperti sehelai kain putih yang boleh dicorakkan.. Bangsa Arab juga mempunyai sifat semulajadi seperti jujur, amanah, bersifat kepahlawanan dan berani serta tegas dan tidak tunduk kepada penjajahan..

Jika mengikut geografinya, kedudukan semenanjung tanah Arab terletak di tgh2 bumi (tak percaya?cuba buka perisian google earth dan terus taip "mecca", anda akan dapati kedudukan "makkah" benar2 di tengah2 kedudukan bumi...

Sblm itu, kaum Yahudi telah diberikan kelebihan dan keistimewaan oleh Allah dgn mengutus para nabi dan rasul2 di kalangan Bani Isra'el...Namun, kaum Yahudi ini bukan sahaja menyelewang ajaran2 dari kitab Taurat, mengubahnya dengan tangan2 yang celaka itu, namun mereka juga bertanggungjawab membunuh nabi2 terdahulu termasuk Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dan juga cubaan membunuh Nabi Isa serta Rasulullah sendiri..

"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?"
(al-Baqarah : 87)

20 Januari 2010.....

No comments: