Thursday, July 15, 2010

Terkesima..

Semalam aku dalam keadaan serba salah..

Izinkan aku berbicara tentang keduniaan sedikit....

Aku kenal dia cuma sbg kawan, dalam 3, 4 bulan lepas...biarkan aku namakan sbg "M",
cuma kawan, tak lebih dari itu...smpai sekarang, dia cuma kawan...adala dalam sebulan skali dua call, msg macam tu saja...sbb aku antara org yang susah mendekati wanita....aku tak kisah...aku selesa sebegitu...


cuma baru-baru ni, aku terbaca sesuatu mengenai dia dalam satu blog...sesuatu yang aku tak pasti samada mmg ditulis oleh dia ataupun tidak, tp nama penulisnya mmg sama...tak taulah pulak kalau org lain yang nak tulis nama dia dalam blog tu...aku agak yakin yg dia sendiri tulis dalam blog tu...dalam tulisan tersebut, menyatakan sesuatu yang aku tak suka, yang aku benci.... selepas baca blog tu, aku terus terkesima, terpikir panjang....

patutkah aku terus berkawan dengan dia?patutkah aku terus berbalas sms dengan dia?call dia? aku serba salah?aku tak pasti pada siapa aku patut bercerita ttg hal ni... aku inginkan pendapat..cuma aku punya sejarah tersendiri...aku pantang melihat seseorang tu, t'utama perempuan tergedik2 dengan lelaki yang bukan suaminya...bagi aku , alangkah murahnya harga diri bagi wanita sebegitu.....Allah kurniakan kecantikan bukan untuk disalahgunakan,tp untuk difikirkan semula...

pernah aku tinggalkan sorang kawan ppuan macam tu saja, seorang ppuan yang aku rasakan Muslim seperti aku, cantik jgn cakapla, sbb dia ni ada keturunan cina-melayu kalau tak silap aku...tp oleh sebab tak tahu malu, bergambar dalam Facebook dengan mat saleh, peluk sana, peluk sini,terus aku tinggalkan..peduli apa aku...lu ingat lu cantik,dunia ni lu yang punya? nnt masuk kubur, lu tau la langit tinggi rendah...
aku tak nak bersubahat lagi...Na'uzubillahiminzaalik....

Kadang2, mmg ada kebenaran bahawa org ppuan ni, bila dipikirkan kembali, dikurniakan akal kurang dari lelaki, ttpi dilebihkan nafsu dari lelaki..sbb tu la kadangkala mereka bertindak di luar jangkaan..menjadi tugas lelaki sbg pemimpin untuk memperbetulkan keadaan...bukan merosakkan lagi perempuan...

berbalik pada kawan ppuan aku td, si "M"...aku serba salah samada nak tinggalkan dia terus macam tu saja atau bimbing dia...dalam tulisan dalam blog tersebut, adala kesedaran dia untuk berubah, cuma mungkin belum masanya dia buat begitu,mgkn sbb tak dak org nak tegur dia..dia dah ada teman lelaki, ttpi aku pun tak pasti samada teman lelaki dia seorang yang boleh membimbing...aku tak kisah bab boyfren tu, peduli apa aku...itu hak dia nak sapa jadi boyfren dia...cuma masalahnya aku tahu kehidupan dia dalam masalah...dia pernah cerita kat aku dia ada masalah peribadi, tp tak pulak dia bagitau apa masalah tu..aku pun tak nak paksa dia...tp Allah Maha Kuasa, ditunjukkan pada aku, apa sebenarnya masalah si "M" ni tanpa dia perlu bgtau aku masalah dia...

aku benar2 serba salah...skg ni, dia sms aku pun, aku dah tak balas balik....aku tinggalkan sms dia mcam tu saja...sayu jugak... tapi aku kena kuatkan semangat...aku dah banyak kali kehilangan kawan, dan aku tak kisah lagi...asalkan aku tak hilang prinsip aku.....bukan bermaksud aku nak biarkan dia tanpa ada seseorang membimbing (terus terang aku katakan, aku tak yakin boyfren dia boleh membimbing dia sbb dah lkurang 4 tahun diorang bersama)...kalau aku tinggalkan dia terus, aku takut dia akan pergi lebih jauh, takkan ada yang menasihati dia...nak dekati dia? hmmm..... susah nak cakap....kawan dah ada BF, buat apa aku nak kacau..nak jadi kawan pun, aku tak pasti...aku tengah pikir skg, samada mahu terus berkawan dengan dia, ataupun tinggalkan dia dengan dunianya...

No comments: