Saturday, February 20, 2010

Hidup...

Sgala puji bagi Allah, Tuhan Adam bapa segala manusia,Tuhan Muhammad S.A.W, Tuhanku,Tuhan org2 kuffar yang mendustakan ayat2Nya, Tuhan Bani Isra’el, Tuhan Nasrani yg celakalah ke atas tangan2 mereka yang mngubah kalam2Nya demi keuntungan dunia yang amat sedikit.. Moga Allah maafkan aku sekiranya terdetik apa2 pn dari perasaan takabbur,riak, sombong sepanjang aku menulis, berkawan, mahupun dalam setiap saat hidup aku...

Biarlah sekurang2 nya nanti, semasa aku sudah tiada nnt, blog ini menjadi kenangan dan ingatan pada kawan2 yang mengenali aku mahupun tidak...blog ini akan membawa kawan2 aku mengingati aku saat aku sudah tidak lagi wujud di dunia ni, dalam erti kata aku sudah mati...aku tidak punya apa2 sumbangan terhadap dunia Islam,malah utk diri sendiri pn aku mmg belum bersedia untuk mati walaupun dah berulang2 kali dalam kehidupan kita ni,setiap hari kita disajikan berita tentang kematian,samada mati kemalangan, mati dibunuh, mati kerana penyakit dan lain2 lagi..



Sesungguhnya mati itu sesuatu yang pasti,ttpi bila dibuka bicara tentang kematian, ramai manusia tidak berminat untuk meneruskan lagi perbincangan ttg topic ni..aku pun punya perasaan begitu... bagiku,hidup ini terlalu indah untuk dinikmati...Tetap sahabat2 dan kawan2 sekalian, ingatlah, akan tiba satu ketika ketikamana roh2 kita akan dipisahkan dari jasad sepertimana yang Allah firmankan dalam surah An-Nisa : 78 & 79...

[78]
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:” Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah”. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?
[79]
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).


Masa tu,bukan rakan taulan di kiri dan kanan kita,tapi tanah semata2 tanah yang akan menghimpit di kiri dan kanan kita... masa tu, bukan cahaya lampu jalan mahupun lampu spotlight yang akan menerangi kehidupan kita,tp semata 2 kegelapan yang tak pernah kita hadapi sepanjang hidup di dunia...bayangkan saudara2ku, betapa gelapnya dan keseorangannya kita waktu tu..tunggulah kita di situ sehingga terjadinya kiamat sepertimana Firman Allah dalam surah Az-Zalzalah ;
[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


Demi Allah, sesungguhnya hari ini adalah berkali2 ganda lebih dahsyat dari hari2 berlakunya segala apa malapetaka sekalipun sejak mana Nabi Adam diturunkan ke muka bumi ini...Bacalah ayat di atas dan fahamilah betul2 apa yang ingin disampaikan...Waktu itu, tidak ada ayah atau ibu atau suami atau isteri atau anak2 atau pembesar atau apa skalipun yang dapat menyelamatkan kita dari dihitung oleh Allah..dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah ‘Abasa : 33- 42..

[33]
Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, -
[34]
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
[35]
Dan ibunya serta bapanya,
[36]
Dan isterinya serta anak-anaknya; -
[37]
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
[38]
Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
[39]
Tertawa, lagi bersuka ria;
[40]
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
[41]
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. -
[42]
Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

masa tu, tiada lagi Mercedes, ataupn Mitsubishi evolution yang dapat kita bangga2kan,tapi semata2 kita amat berharap pada amal kita masa di dunia ni...MashaAllah,aku ni kalau dikira amal, aku mengaku,aku antara yang paling jahil, paling jahat, paling kurang amal dan terlalu dha’if serta teruk skali kehidupan aku kat dunia ni...masa tu,tiada lagi pangkat, kedudukan hatta kuasa dan harta yang melimpah ruah sekalipn takkan sama sekali membantu dalam perhitungan amal kita di kuburan nanti...hmm, aku juga termasuk dalam kalangan manusia yang leka, aku dikurniakan nafsu dan akal, tetapi kadangkala nafsuku melebihi dari akalku, dah akhirnya aku mnyesal dengan apa yang dah aku buat...apapn, satu saja harapan aku, aku ingin mati dalam keadaan mengEsakan Allah dan bersaksi akan keRasulan Muhammad dan mati dalam keadaan mukmin yang sejati..

Sesungguhnya, Hari Pembalasan itu amat dahsyat yang tdak langsung dapat digambarkan dengan apa2 kata2 sekalipun...hari di mana TERBELAH LANGIT2, BERTABURAN BINTANG2, LAUTAN PECAH BERCAMPUR BAUR DAN DIBONGKARKAN SETIAP KUBUR2 ITU!! Demi Allah, pada waktu itu, bergegarlah isi2 dunia keseluruhannya, berteriaklah manusia setiapnya, hancur dan leburlah pasak2 yang dibina, tumbanglah bangunan2 yang tinggi yg menjadi kemegahan, berserakan gunung2 mahupun bukit bukau di bumi, dan waktu di mana janji2 Allah akan terbentang dan terbukti bagi manusia yang menafikannya mahupun mengingkarinya...Firman Allah dalam surah Al-Infitar ; 1-5..

[1]
Apabila langit terbelah;
[2]
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
[3]
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
[4]
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
[5]
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.

Jangan sekadar baca sekali lalu ayat2 di atas, baca, fahami, dan bayangkan apa yang akan terjadi bilamana terbelahnya langit2m bergugurnya bintang2 dan pecahnya lautan ketika itu.. Bagaimana dahsyatnya dan berkuasanya Allah dalam melakukan hal2 yang sedemikian...Bayangkan keadaan gempa bumi yang kerap berlaku sekarang ni,itu cuma baru teramat sedikit dari tanda2 dan bukti2 kekuasaan Allah yang mampu menggegarkan bumi ini hingga hancur dan bertaburan seluruh isinya.

Apa yang aku hairankan sekarang, termasuk diri aku sendiri, kenapa kita di dunia ni, termasuk aku, bila melihat sesuatu yang indah, bila mendengar sesuatu yg menusuk kalbu, bila membaca ayat2 sastera para bloggers mahupun para pempuitis, terus melupakan bahawa ada yang lebih indah, ada yang lebih menusuk kalbu, dan ada yang lebih hebat sasteranya dari apa yang dah dilihat, didengar mahupun dilalui...terlalu indahnya dunia ni sampai kita semua terlupa akan ayat2 dan keterangan2Nya yg disampaikan melalui Muhammad s.a.w.

Aku, mungkin hari ini aku berbicara tentang kematian, entah esok lusa, aku berbicara pula tentang keduniaan dan segala isi2nya..smua tu tidak mustahil bagi diri manusia yang cukup goyah ilmunya macam aku...semoga aku dijauhkan dari perkara2 yang sedemikian..
Aku juga, mungkin hari ini aku berbicara tentang kematian, entah esok atau lusa, aku mungkin sudah dipanggil untuk tinggalkan segala dunia dan isi2nya dan dipanggil kembali menghadapNya... siapa tahu?

Kematian itu sesuatu yang pasti,saudara2ku...janganlah samada aku atau kamu cuba melarikan diri daripadanya....jgnlah samada aku atau kamu melupakannya atau sengaja buat2 melupakannya.. Janganlah kiranya aku atau kamu mendada dan bermegah2 tentang keduniaan lalu melupakan hari kematian aku dan kamu...Berdoalah aku serta kamu semua, agar saat kematian yang akan datang nanti, tauhid mengEsakan Allah dan membenarkan keRasulan Muhammad s.a.w akan tetap kekal dalam hati aku mahupun kamu semua...tiada lagi ibu, bapa, anak pinak yang akan membantu kita di Hari Penghisaban di Padang Mahsyar nnt...Semoga Allah maafkan aku jika terdapat kesalahan atau kelalaian aku dalam penulisan aku kali ini...


Maha Suci Allah, aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah...kalam yang aku harap menjadi pegangan aku sampai nnt Izra’il mengambil kembali apa yang dipinjamkan Allah pada aku..roh dan nyawaku.. serta jasadku...Amin..

No comments: