Saturday, September 25, 2010

Pengalaman bagi ceramah pd bekas2 penagih..

Halo..

Tengahari tadi,sejarah telah tercipta.....aku berjaya men'deliver' speech pada bekas2 penagih dadah berkenaan dengan peluang hidup, peluang perniagaan, peluang pekerjaan selepas keluar dari dunia ketagihan.....nak cerita skit la pengalaman berhadapan dengan geng2 ni....




Sebelum ni, pernahlah jugak aku diarah untuk bagi ceramah sempena Sambutan Hari Wanita pada usahawan-usahawan wanita....itu kali pertama aku mendeliver speech....dan itu yg paling teruk la pengalaman aku... aku kena deliver speech depan beribu2 wanita dalam satu dewan yg bapak besar, di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas...bayangkan bila beribu2 mata,ppuan lak tu,dok fokus kat aku....mau nya aku terkena sindrom Parkinson masa tuu....ok la,aku tak nak cerita pasal pengalaman tu..yg aku nak cerita, pengalaman bagi ceramah kat bekas2 penagih sebentar tadi...

Spanjang aku keja ni,tak pernah lagi aku diberi tugas macam ni...biasala, bekas penagih..mesti ada terpikir yang bukan2 dalam otak aku ni...mana tau,nnt ada yang mengamuk ka, bawak keluar pisau ka, menyanyi masa aku tengah ceramah ka....macam2 aku pk...

tp alhamdulillah, smuanya berjalan lancar td...cuma masa aku bagi ceramah,sempat jugak aku tgk satu mamat ni, dok line depan skali, dok terhangguk2 terlena...btoi2 depan rostrum tmpat aku berucap...aku tgk dia pn rasa nak tegelak plak, mmg tido tak ingat dunia la aku tgk, thangguk2 dari mula sampai abis ceramah aku ...aduhai....nsib la aku berjaya tahan gelak...aku ushar dia dari mula aku bagi ceramah, sampai aku habis ceramah, dia tidoo saja...tak perasan pulak aku kalau dia ada bangun time aku bg ceramah..apa yg aku perasan, dia tido sepanjang ceramah aku..cheh,..

mamat tu bila lepas program,dtg jumpa aku dengan sorg lagi penceramah,nk tanya pasal bantuan apa tah... yg masalahnya,aku tak berapa nk  dapat tangkap apa yang dia nak tanya kat aku..dia nak bantuan ka,dia nak apa ka, aku tak paham..sbb dia cakap tu meleret2 mmg susah nak paham...aku ni kira mengiyakan dan mengagguk sajala apa yang dia cakap...kesian jugak aku kalau aku kata aku kata tak dengaq,kalau aku buat tak peduli kat dia...jadi,aku mmg ambik perhatian masa dia cakap,tp tetap tak dapat tangkap apa yg dia cuba sampaikan..hmmm...tak taulah...

ada satu lagi mamat ni,masa ceramah,aku tengok,dia macam btui2 bagi perhatian..sepanjang masa dia tgk kat aku...muka dia aku tgk dia mmg dengan penuh khusyuk dengar ceramah aku tu..

abih program, dia datang jumpa satu lagi penceramah tu, dari Jabatan Tenaga Kerja, dia cakap, baru2 ni,dia kena keja teruk, raya pn kena keja, tp ntah mcamana bayaran majikan terhadap dia tak setimpal dengan keja dia..kesian aku tgk dia...ada jugak org yang cuba ambik kesempatan terhadap golongan ni..

apala,diorang ni nak berubah,janganla ambik kesempatan macam tu.memalukan saja....last skali,pegawai JTK tu suruh buat aduan pasal majikan dia...padan muka....aku harap pegawai JTK tu dapat ambik tindakan segera la pasal ni..

sempat jugak aku sembang dengan sorg pegawai JTK ni..ada la satu kes,ada mamat bekas penagih ni diterima bekerja sebagai pemandu lori...dalam 3,4 bulan keja,mmg ok mamat ni...tp lepas tu, mamat ni dipahamkan sempoi punya dok tido atas lori waktu keja,mgkn baru lepas 'balut' kot...heheh.....ye la,gaji dah ada la katakan...tp tak smua macam tu,ada yang btoi2 nak berubah...ada yang btoi2 nak berjaya dalam hidup..macam2 cerita la diorang ni..hehhe...

selesai semua, aku pn balik....alhamdulillah, everything goes smoothly....cuma aku rasa rugi,sbb tak bawak digital camera nak bergambar dengan geng2 tu...bukan senang...rugi aku...

 Last skali, dalam entry kali ni,aku upload antara hadiah2 yang aku dapat lepas bagi speech tu.. kira ok la tu...heheh..

No comments: