Sunday, January 17, 2010

Maka Fir'aun sangatlah marah......

Suatu ketika, Fir'aun sedang menimang Nabi Musa, janggutnya yg panjang ditarik sehingga tanggal. Maka Fir'aun sangatlah marah atas kejadian itu dan dia berkata; "Ini musuhku yang dikehendaki" seraya dipanggil tukang sembelih agar Nabi Musa disembelih. ...... Apabila Asiah mendengar kejadian ini, dia segera berlari berjumpa Fir’aun dan berkata:



Asiah : Apa pandanganmu mengenai budak ini yang telah kamu serahkan padaku?

Fir'aun: Dia telah menarik janggutku sehingga tanggal, dan inilah musuhku yang akan membinasakan kerajaanku suatu hari nanti...

Asiah :Anak kecil ini masih belum pandai berfikir. Dia melakukan perkara ini kerana dia belum mengerti.Utk melihat samada dia sudah mengerti atau belum, kita perlu buat suatu ujian, iaitu kita letakkan perhiasan emas dan intan di atas talam ,dan kita letakkan di sampingnya pula bara api.Apabila dia mengambil perhiasan bererti dia sudah mengerti dan boleh disembelih. Sebaliknya jika dia mengambil bara api bermakna dia memang belum mengerti..

Setelah dulang perhiasan dan dulang bara api diletakkan di hadapan Nabi Musa, maka dia memilih perhiasan.. Tetapi tangannya ditarik oleh malaikat Jibril supaya mengambil bara api. Dengan demikian Nabi Musa mengambil bara api dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Disebabkan itu Nabi Musa disahkan memang belum mengerti dan tidak boleh disembelih..

No comments: