Tuesday, September 21, 2010

Dollar weakening, Commodities price go down (time to grab)...



Umum mengetahui tentang kedudukan ringgit malaysia yang merudum berbanding dolar amerika...Kalau tak silap aku, pada Julai 1998, ringgit mencapai paras terendahnya dalam urusniaga berbanding USD iaitu sekitar USD1=RM4.326...

sebelum krisis kewangan serantau tercetus pada Julai 1998, harga ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika adalah di sekitar, kalau tak silap aku la, di sekitar 1 USD=RM2.50..dikatakan bahawa penyebab utama kepada kemerosotan matawang ni ialah kerana penyangak matawang, George Clooney, haha, bukan lah, George Soros, seorang Yahudi..tp bukan itu yg aku nak bincang dalam entry kali ni....


tp smlm aku check balik, sekarang ringgit berada di paras yg agak kukuh, iaitu sekitar 1USD=RM3.09...smlm saja aku check, kalau seingat aku la,1 USD bersamaan RM3.15 sen... bermakna peningkatan .06 sen bagi setiap 1 USD...

oleh kerana kelemahan matawang USD ni juga, ia bermaksud komoditi2 yg didagangkan menggunakan mawatang USD juga turut jatuh.. termasuk emas dan perak...utk makluman, dpd pengetahuan sempit aku ni, salah satu penyebab naiknya harga emas ni, adalah disebabkan oleh dolar di samping faktor2 lain termasuklah permintaan melebihi pengeluaran,dan juga kenaikan crude oil sedunia...

tp jgn risau,harga emas ni kalau jatuh pn, InshaAllah, takkan merudum gila2 macam apa yang terjadi pada matawang2 negara Asean di sekitar 1998...nnt harga emas ni naik balik la tuuu....ini ada skit bukti bahawa dalam tempoh 10 tahun lalu, harga emas meningkat sebanyak 369% untuk 10 tahun!!



Jadual kat bawah ni plak aku ambik dari buku "short n long run determinants of Gold", ditulis oleh Eric J Levin dan Robert E Right, published pada 2006..disenaraikan negara2 pengeluar emas dunia dan negara2 pengguna emas dunia...India berada paling atas dalam senarai2 negara pengguna emas dunia ni...patutlah...skrg baru aku faham, kenapa org India ni dah sinonim dengan emas...gelang tangan, gelang kaki, subang hidung, subang telinga,smuanya emas...



In conclusion,kalau permintaan harga emas di negara2 pengguna emas ni meningkat, maka secara generalizationnya ialah, harga emas dunia pun turut meningkat jugak la...

apa yang aku faham jugak la, sekiranya emas didagangkan lebih tinggi (harga meningkat) bukan saja berbanding US Dollar, ttapi jugak oleh mawatang2 utama dunia yang lain spt Japanese Yen, British Pound Sterling dan Euro, maknanya mmg sah2 bahawa permintaan emas pada ketika itu meningkat di seluruh dunia & secara hakikatnya harga emas itu sendiri meningkat..

Di samping tu jugak, kalau harga emas dunia ni jatuh disebabkan oleh pengeluaran > permintaan, ia jugak selalunya dibayangi oleh kelemahan harga Dolar dunia...

baca penerangan kat bawah ni, mgkn kena ulang dua tiga kali,baru bleh paham... kalau tak paham, tutup laptop,tido!!!

Senang cerita, kalau sekarang (21/9/2010, 2210 hours),harga emas didagangkan dalam USD 1276.01 per ounce, (refer chart widget attached sebelah kanan blog ni utk pengiraan harga semasa emas), maka untuk dapatkan segram emas (1 ounce=31.1gram) ni adalah sebanyak 1276/31.1 = USD41.03 per gram...

USD41.03 ni, berbanding dengan RM adalah bersamaan RM126.95 sen..jadi nak dapat kan segram emas ni nak kena ada RM126.95 sen per gram...(utk makluman, di Malaysia ni harga emas tinggi berbanding kalau kat US, mgkn sebab di Malaysia ni kena include kos2 berkaitan, termasuk cost of transportation, insurance, mcm2 lg la)..

katalah USD jatuh pada pasaran dunia,maka utk dapatkan segram emas, kena bayar extra USD sbb harga USD jatuh,dan oleh kerana emas ni didagangkan dalam mata wang USD, nak tak nak, kena bayar lebih USD la untuk dapat kan segram emas ni...apa yg aku fahamla,kalau tak betul, sapa2 tlg posting dalam blog aku ni...

harga emas yg kalau td diperlukan USD41.03 per gram, skg ni disebabkan kejatuhan USD, katakanlah, mgkn diperlukan USD45 untuk dapatkan segram emas...USD45 ni kalau berbanding RM sekarang ialah RM139.23..jd, kita perlukan RM139.23 untuk segram emas berbanding harga awal yg aku state td, iaitu cuma sebanyak USD41.03 atau bersamaan dengan RM129.69 per gram...hampir RM10 beza untuk segram emas!!!

konklusinya
....sebelum, 1 gram = USD41.03 = RM129.69
....selepas, 1 gram = USD45 = RM139.25

Beza = RM10/gram emas

itu untuk 1 gram emas....kalau 10 gram?kalau 100 gram?1000 gram?....itu tak kira lagi, kalau RM jatuh lg berbanding USD....

& kalau RM jatuh lg berbanding USD, maka lebih banyak la kita kena bayar untuk dapatkan segram emas...contohnya USD1=RM4.09 (berbanding sekarang USD1=RM3.09), maka untuk dapatkan segram emas ni, USD45 per gram bersamaan dengan 45 multiply by 4.05... bersamaan RM184.05 per gram emas!!!!!! daripada harga asal td RM126.95/gram, peningkatan sebanyak RM57.10 untuk segram!!!

nak ingatkan semula, td harga emas ni pada awalnya 126.95/ gram, maka 1 dinar = 126.95 x 4.25 (1 dinar = 4.25gram) = RM539.58..

skrg oleh sbb RM jatuh (di samping kelemahan dolar), harga emas dah jadi 184.05/gram..

konklusinya
....sebelum, 1 dinar (4.25 X 126.95 = RM539.58)
....selepas, 1 dinar (4.25 X 184.95 = RM786.04)

tolaklah 184.05 - 126.95 = RM57.10 peningkatan/gram!!

itu segram, kalau 1 dinar (1 dinar = 4.25 gram), darab la tgk (57.10X4.25) = 242.68!!!

1 dinar peningkatan sebanyak RM242.68...

klau 10 dinar? 100 dinar? pk2 la sendiri...




sbb tu lah, sementara RM tengah strengthening while USD weakening skg, kita kena berusaha untuk beli komoditi2 tersebut, emas ke perak ke...seblum USD melonjak naik semula....

apapn,kalau tak paham posting ni,baca la byk2 kali bagi paham...kalau tak paham jugak, buat2 paham je laa....sbb tu aku malas jd cikgu...kih2....

Chow...

No comments: