Thursday, September 16, 2010

M.C.A....punca kematian akibat api...



Aku ni sebenarnya pernah menulis sebelum ini,ttpi aku pencen sebab hasil karya aku gagal untuk mendapat perhatian mana2 pihak walaupun permintaan dari kawan2 aku tu ada..buat apa aku menulis kalau kawan2 aku mintak, diorang bukan boleh sua duit kat aku pn..tp skg ni aku menulis kembali, bukan sebb dah ada org nak bagi royalti kat aku,tp sbb aku nampak kejumudan dan ketaksuban melampau2 puak2 viking semakin menjadi2...



Baru2 ini aku ada surf FB salah seorang staff pejabat aku.... semua tgh kecoh pasal kes bakar dan bunuh Dato' Sosilawati dan 3 rakannya...Al-Fatihah buat semua yg terkorban dan aku berharap agar para pembunuh tersebut akan menerima hukuman yang setimpal...ramai yg minta agar kes ini dipercepatkan...cuma nasihat aku, justice might take time..bukan apa, katakan 9 org yang ditahan (sehingga 16 September 2010) ni, kesemuanya dihukum mati, sedangkan ada lagi saki baki pembunuh yang terlepas dek kerana nak cepat2 menghukum penjenayah...kan dah rugi tu?kita tak nak sesiapapn terlepas dalam kes ni...aku mgkn tak faham penderitaan keluarga mangsa yg pastinya nak penjenayah dihukum mati secepat mungkin, tp aku juga tak nak penjenayah yg sepatutnya dihukum mati terlepas begitu saja...aku nak semua yg terlibat, jgn tinggal seorang pn, ditangkap dan dihukum dengan seberat2 hukuman..cuma di Malaysia ni, hukuman mati yang ada, cuma gantung sampai mati...hmmm..kalau la penjenayah2 tu dihukum spertimana mereka membunuh mangsa2,kan itu lebih setimpal?

Berbalik pada cerita aku surf FB td, dalam baca punya baca,sekali aku terpandang satu komen berunsur ilmiah tahap universiti Harvard@ Oxford dari salah seorang penuntut PhD jurusan ilmu kaji bintang berkenaan dengan kes pembunuhan Dato' Sosilawati dan 3 yang lain..aku terpegun dan kagum dengan pandangan yg begitu bernas yg diutarakan olehnya lalu aku terpikir, inilah dia para pelajar yg dididik dengan teori2 domino dan fahaman Karl Marx,& pastinya pandangan ini lahir dari didikan pensyarah2 pelajar berkenaan yg terdiri daripada puak2 konservatif jumud ala The Mohicans...korang bacalah dulu komen yg menyebabkan aku termenung dek kerana ketinggian ilmu tahap Sarjana Tua Ilmu Kaji Bintang dan Bulan Mengambang..



Pelajar tersebut ada menyebut bahawa kematian sosilawati dan altantuya adalah tragis.. Aku stuju, sorang kena bom & seorang lagi kena bakar.....dan pelajar terbaik ini juga mengatakan bahawa kematian kedua2nya berkaitan api...betul ke tu? kematian Dato Sosila memang berkaitan api, itu tak dapat dinafikan...ttpi kematian altantuya pn berkaitan api jugak ke? tak tahu la pulak aku di Universiti Harvard tu ada diajar selain dari formula matematik E=mc2, ada lagi formula baru matematik bom=api...dah la tu pulak, pelajar terbaik ini jugak ada menyatakan ada org yang ajar para pembunuh tersebut menggunakan api untuk membunuh org...mmg aku respek dengan pandangan sedemikian kerana setahu aku, jarang sekali ada org mengajar membunuh menggunakan api..yg kerap kali aku dengar org mengajar cara membunuh cumalah menggunakan pistol, pisau, buluh runcing (ini kes tarian pendet Indonesia), memmbunuh diri dan membunuh dengan ilmu batin...

sekurang2nya bretambah ilmu aku tentang cara2 nak membunuh org menggunakan api.. & aku pasti, org yg mengajar org lain membunuh menggunakan api@bom, mesti telah berkali2 terlibat dalam kes2 pembunuhan berkaitan api..mmg tak terkira byknya org2 yang mati akibat api... tp dek kerana kecekapan Mastermind Cikgu Api, (selepas ini aku akan sebut MCA) yang mengajar anak buahnya membunuh menggunakan api, mastermind tersebut selalu terlepas dari dikenakan hukuman mati mandatori..antara mangsa2 yg terlibat dalam kes pembunuhan menggunakan api ialah :



MATI TERBAKAR AKIBAT RUMAH TERBAKAR.. Baru aku sedar bahawa selama ini pasukan bomba telah salah dalam siasatan mereka yg menyatakan punca kebakaran adalah akibat litar pintas, puntung rokok, dan seumpamanya. Generalization yg aku dapat dari fatwa pelajar tersebut ialah mangsa kebakaran mati dibunuh oleh M.C.A dan konco2nya, tp gagal dikesan perbuatan tersebut oleh pihak bomba dan penyelamat..Wallaweh, sia2 kerajaan menggaji ahli bomba kerana mereka tersalah siasat kes2 kebakaran selama ini.. hoi bomba, tu la, aku suruh sambung pengajian kat harvard, korang taknak..kan sekarang korang dah kena tipu dengan M.C.A dan konco2nya?

Aku juga pasti, selain dari kes seperti di atas, kes2 lain juga melibatkan M.C.A licik ala2 cerita Ocean 11th yg membunuh tanpa dapat dikesan bukti2nya... Antara kes2 lain tersebut adalah seperti berikut :



Gambar di atas juga menunjukkan satu lagi bukti pembunuhan oleh M.C.A di mana mayat akibat kemalangan tersebut rentung akibat dijilat api...ini satu lg bukti kelemahan pihak berkuasa dalam menangani isu pembunuhan tak dirancang ini... mangsa dibunuh dengan menggunakan api tetapi repot polis selalunya gagal mengesan perbuatan M.C.A dan konco2nya membunuh mangsa menggunakan api...

& aku juga teruja bilamana aku mengetahui bahawa M.C.A juga punya rangkaian pembunuhan sehingga ke Asia Barat jauhnya...sehingga di Asia Barat pn, org di sana terikut2 untuk membunuh menggunakan api..Ini semua hasil darip pengaruh M.C.A yang mengajar org2 membunuh menggunakan api....buktinya aku sertakan dengan gambar sekali seperti di bawah;



Aku nak nasihatkan PBB dan NATO segera datang ke Malaysia dan menyiasat tentang M.C.A ni yang dah bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai2 rakyat Palestin menggunakan api.

Memang jelas perbuatan tersebut membawa kematian kepada mangsa dan mangsa2 yang terbunuh adalah akibat dari kecederaan teruk, melecur akibat api.... ini juga adalah antara bukti2 yg aku dapat simpulkan hasil dari fatwa & formula matematik baru pelajar terbaik universiti Harvard yg menyatakan ada org yg mengajar membunuh menggunakan api..dan semua yg terlibat dengan kematian akibat api adalah disebabkan oleh si M.C.A tak guna tersebut....Sungguh tinggi tahap imaginasi pelajar tersebut yang berjaya mengaplikasikan fatwa2 yg dipelajari dari pensyarah cap bulan mengambang dan cap mata satu, mengenai api dan pembunuhan dan tak sia2lah pengajian beliau di Harvard tersebut. Aku ingin calonkan pelajar tersebut supaya memperoleh Dean's List (Anugerah Dekan) 2010 hasil dari penemuan terbarunya yang bakal menarik minat krew National Geographic untuk membuat penggambaran dan siasatan mengenai kes2 kematian akibat api di Malaysia dan Asia Barat....

Sekian utk kali ini...

No comments: