Friday, September 17, 2010

Antara awek,kawan dan keluarga, siapa harus diutamakan?

Raya dah dekat seminggu berlalu...bleh kata persiapan aku tahun ni agak membahayakan..dekat2 4 angka jugakla aku bershoping untuk diri sendiri..aduhai, bila la aku nak jadi seorang yg pandai menyimpan duit ni...

tp ada perkara yang aku nak bincangkan dalam post kali ini... tajuknya simple.. "antara awek,kawan, & keluarga, siapa harus diutamakan?"...ok la, para pelayar blog aku yg tak seberapa ini...kita smua pasti punya keluarga sendiri, ada kawan2, & sesetengahnya ada awek dalam kehidupan seharian (kecuali aku..arghh, aku tak ambik port sangat..).... dan kadang2 dalam kita membuat pilihan, tak kisahlah sama ada p beraya rumah kawan ka, p kenduri kawin ka, p zoo negara ka,kita mesti p ke tempat2 berkenaan dengan berteman...



Contohnya, waktu raya ni, bagi yg berawek tu, mmg menjadi kewajipan utk beraya di rumah mentua (kalau jadi mentua la, jgn terkantoi tgh jalan sudah)....dan lepas tu, bg mentua yg sporting, siap bagi anak perempuan dia berjalan2 beraya dengan boypren anak dia (aku kurang setuju jenis macam ni, kecuali kalau terkena kat aku,kih2)..


dan kadangkala jugak, kita lupakan bahawa kita ni kadang2 meletakkan keluarga kita di belakang..bila nak keluar beraya ke, bersosial ke (utk makluman, aku anti sosial)...kita lebih utamakan kawan2, boypren2,girlpren2 yg baru kita kenal setahun, 2 tahun,3 tahun, dan 4 tahun dan seterusnya. Kita mcm terlupa dan buat2 lupa yang kita sebenarnya perlu lebih mengutamakan keluarga kita dari kawan2 dalam keputusan yg kita lakukan...aku nak imbas sedikit Firman Allah dalam surah at-Tahrim : ayat 6;

"Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala..."

Dalam ayat di atas, Allah menyeru agar setiap manusia yg beriman agar mengutamakan diri sendiri dan kemudian mengutamakan keluarga dari azab api neraka.. Relevannya dalam kes ini, jika kita fahami maksud ayat ini, yg kedua disebut selepas diri sendiri, adalah keluarga...jd apa yg aku faham, keluarga itu mesti lah diutamakan, barulah datang keutamaan kepada selain keluarga termasuk kawan2 dan awek mawek...

jadi, pada pendapat aku, sbnrnya bagi yg baru2 ini beraya dan meletak belakangkan keluarga,pikir2lah balik apa yang aku cuba kupas ni...terutama kedua ibubapa kita yang dari kita tak mampu nak suap makan sendiri sampailah kita dapat beli rumah sendiri,kereta sendiri, mereka tetap bersama kita.. kemudian datang abang2 dan kakak2 kita, adik2 kita yang sejak kecil bersama bermain dan bersusah dan bersenang bersama2....kita mudah lupa keluarga setelah bertemu dengan kawan2 kita..

Aku tak menghalang kita berkawan, dan aku alu2kan kita berkawan...tp jgn lah sampai berkawan itu menimbulkan jurang pemisah antara kita dan keluarga kita..mungkin org lain berasa selesa bersama kawan2,tp bagi aku, family first....susah senang aku dari kecik, bukan orang lain yg tlg,tp keluarga aku jugak..

aku nak kena belasah masa kat sekolah dulu, abg2 aku jugak yg cover line...aku sakit suspect denggi dan terlentang di katil hospital, mak ayah aku jugak yang datang dari penang ke kl semata2 nak tgk aku sakit...sanggup datang dari jauh sebab nk tgk anak punya pasal...(waktu tu aku ada awek, dan dia datang tgk aku sakit, tp dah tinggal kenangan, sbb tu aku kata, antara awek, keluarga dan sahabat, aku pilih keluarga, kemudian sahabat, barulah awek... aku dah pernah merasa asam garam kehidupan berawek ni, toksah dok mai kelentong la kat aku.. off topic la pulak..sorry)...

aku frust bercinta dengan awek, abg aku jugak yg tolong bg aku cool walaupun mengambik masa selama 2 tahun lebih (gila jiwang mamat ni...)...aku accident teruk di highway masa balik convo, keluarga aku la yg datang tergesa lawat aku dan family aku lain yang patah tulang sana sini.....masa di hospital tu, ayah aku tak boleh berjalan langsung,tambah pulak tulang bahu terkeluar, nk p toilet pn kena papah, abg aku sorg lg patah tulang rusuk, sampai nak kencing pn terseksa, setitik nak keluar pn terseksa...tmbh lg,darah menitik2 dari kepala dia lepas accident tu... mak aku pulak, mata dia bengkak dan berdarah, smua sbb kecuaian aku mengantuk ketika memandu..


kalau tak silap, aku ingat lagi, abg aku yg sorang lg tu datang2 je terus cium dahi aku masa aku terlentang atas katil hospital..itu dia kasih seorang abg terhadap adik dia....sbb tu la aku utamakan keluarga aku dari kawan2...kerat jarila, aku takkan ubah pendirian aku ni!!!!gambar bawah ni gambar masa aku kecik2 dulu dengan abg aku yang paling rapat ngn aku...aku sebelah kiri yg pendek skit tu,sluar pendek hitam, tp skg, aku dah jd lg tinggi dari dia...heheh...




lepas bab kawan dan keluarga...keluarga dulu, baru kawan...aku utamakan keluarga aku dulu, baru datang kawan2...keluarga aku byk bersusah untuk aku, mustahil aku akan lupakan keluarga aku...no way....


tp bila bincang bab kawan dan awek, ini agak complicated skit...pertama kali, aku kena tapis dulu siapa kawan dan siapa sahabat....kalau sahabat dan awek, terus terang aku cakap, sahabat aku akan aku pilih dulu, dari awek2 aku ...(oopss,awek2 pulak, plural tu)...sbb aku dah masak dengan kehidupan berawek ni...

sahabat ni, susah senang dia akan tetap bersama, dia tak pandang duit, dia tak pandang rupa, dia tak pandang kereta vios ataupn volkswagen,dia tak pandang bmw atau rumah dua tingkat, dia tak pandang gaji ribu2, dia tak pandang pangkat, harta dan kedudukan... apa yang ada dalam hati dia cumalah satu pertalian yg cukup ikhlas dan kukuh walaupun cuma sebagai sahabat.... nak cari seratus org kawan dalam seminggu, mmg tak dak masalah..tp nak cari seorang sahabat sepanjang sekali kehidupan kita di dunia ni belum tentu kita dapat jumpa... percayalah...

pasal awek ni, terpulanglah..aku tak nak komen lebih2...pesan aku, jgn sampai tergadai prinsip cuma kerana taknak awek terlepas ke tangan org lain...awek di mana2 pn bleh cari, tp prinsip sekali tergadai, malu sepanjang hidup..dahlah, bila datang komen bab2 awek ni, terus aku rasa malas nk menulis lagi....

Kesimpulan yg boleh dirumuskan dalam perbincangan kali ini ialah keutamaan aku dalam hidup adalah seperti berikut;


No 1) Family
No 2) Sahabat
No 3) Kawan2
No 4) Binatang peliharaan (iguana, burung belatuk, kalajengking, ular daun, hamster, arkus, ayam serama,kucing siam, arnab australia atau kuda padi..)


Adios....

Eh, eh!!! sori tertinggal satu lagi..

No 5) Awek

tp harus diingat, kalau awek dah berubah jd isteri, maka rankingnya akan naik terus, dari no 5 ke no 1, sama tahap seperti family aku..maka dia akan dapat keutamaan sama seperti family aku...tp yg paling utama, tetap mak dan ayah aku..itu sudah pasti...

6 comments:

Fath_n!e$@ said...

wahh...nak bg komen pun takut......hahahaha.... tp nak bagi gakkkk...Tp sebelum tu, apa yg fath tulis n komen ni mmg itu dia..tp tak tau la pada org2 lain mcm mn mereka nak menafsirkan nya...hurmm..for me FAMILY come first...apa2 yg terjadi pun, family paling2 UTAMA.... baik buruk kita semua dgn famili..tp ada jugak yg pentingkan BF/GF.sanggup tak balik raya, raya dgn BF/GF..apa kes??(based on xprience)..dan fath akan jadi cepat sensitif bila org ckp menda2 yg tak betoi pasal famili besar fath..pantang2x...(terjadi time raya ke3)..tergugat sebentar amarah den...hahaha...dan disebabkan famili la fath masih dan selamanya dipenang....hurmm...

Kedua off-course my BFF (best fren4ever),dan teman2...balak a.k.a BF leh cari, tp sahabat tidak....

Fath_n!e$@ said...

ha..onemore, salah satu sebab fath tak jadi ikut g sana (krabi), sebab mom tak izin kan....if ada yg famili ok, tp semua kaum bro..tp if dlm m'sia Ok la...

NazRio said...

sbb tu la bro kata tak kisah kalau fath tak g krabi tu, bro tau....jgn risau, mom tak bagi, jgn p...no hal..elok jugak mom tak bagi, kalau mom bagi, bro jugak nk kena jg fath kat sana nt..kih2...

Fath_n!e$@ said...

aiyakk --ayat last sekali tu tak tahann...leh jg diri sendri la....

NazRio said...

ye la tu...leh jd diri sendiri...kt kb bleh la jg diri sendiri..ni kat krabi, bukan kb..kih2...

Afifi Hafiz said...

sudahla naz rio..buat ayat sedih apa...awek yang kelima la..apa la...