Sunday, January 17, 2010

Mereka mahukan kepastian samada Nabi Musa itu tukang sihir atau Nabi....

Mereka mahukan kepastian samada Nabi Musa itu tukang sihir atau Nabi....Lalu mereka mencabar...



"Hai Musa, samada kamu yang mencampakkan (tongkat-mu) dulu atau kami yang mencampakkan dulu?" (Taha : 65)

Nabi Musa menjawab, "Biarlah kamu sekalian yang mencampakkan dulu".Mereka (tukang sihir) pun mencampakkan tongkat dan tali2 yang diusung oleh 60 ekor unta. Maka tongkat2 dan tali2 tersebut menjelma menjadi ular yg bergerak dengan perutnya memenuhi padang. Nabi Musa bimbang andainya sihir mereka itu sejenis mu'jizatnya, yg menyebabkan para penonton menjadi bingung.

"Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya."
(Tha-ha : 67)

Allah S.W.T memberikan semangat kepada Nabi Musa dengan FirmanNya;

"Kami berfirman kepadanya: “Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan."
(Tha-ha :68)


“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”.
Tha-ha : 69)

Tanpa membuang masa,Nabi Musa terus mcampakkan tongkatnya, dan tongkatnya menjelma menjadi ular yg sangat besar berwarna hitam berkaki empat serta dapat berdiri dengan ekornya.. Apabila ekornya dipukulkan ke batu,maka batu mjadi hancur. Seterusnya ular2 tukang sihir ditelan satu persatu sehingga habis kesemuanya..

Fir'aun beserta sekalian pembesar2 istana serta para penonton lari bertaburan dan berlanggaran antara satu sama lain krn takut ditelan ular..Dianggarkan 25,000 mati terpijak dan seramai 600,000 pula dari kaum Bani Isra'el beriman dengan Tuhan Nabi Musa (Allah)..


"(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa”."(Tha-ha : 70)


Fir'aun yg sememangnya bongkak dan sombong tdak mudah tunduk , walaupun rancangan mematahkan pengaruh Nabi Musa akhirnya terbalik kerana mereka menyokong Nabi Musa pula.. Lalu diugut Fir'aun akan sesiapa yang beriman kepada Tuhan Nabi Musa dan Tuhan Nabi Harun,Fir'aun berkata;

[71]
Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepada Musa sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya dia lah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu. Oleh itu, demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar; dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak siapakah di antara kita yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal”.


[72]
Mereka menjawab: “Kami tidak sekali-kali akan mengutamakanmu daripada apa yang telah datang kepada kami dari mukjizat-mukjizat yang terang nyata, dan (tidak akan mengutamakanmu daripada) Tuhan yang telah menjadikan kita semua. Oleh itu, hukumkanlah apa sahaja yang engkau hendak hukumkan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah dapat menghukum dalam kehidupan dunia ini sahaja.



[73]
“Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, supaya diampunkanNya kesalahan-kesalahan kami, dan dosa-dosa sihir yang engkau paksakan kami melakukannya. Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahalaNya.


(Tha-ha : 71-73)

No comments: