Thursday, February 4, 2010

Abrahah ingin meruntuhkan Ka'abah


Abrahah mahu memujuk dan mengambil hati Raja Najasyi... Lalu dia membina gereja yang paling besar pada masa itu di Yaman yg dinamakan al-Qulais. Abrahah menghantar laporan kepada Najasyi dan memberitahu dia sudah membina gereja yang paling besar di Yaman dan dia memerintahkan semua suku kaum Arab datang mengerjakan ibadah haji di Yaman. Abrahah mula menghantar utusannya kepada suku-suku kaum Arab supaya mereka datang mengerjakan haji di al-Qulais..


Apabila berita ini sampai kepada salah satu suku Arab yang paling mengagungkan Ka'abah, salah seorang daripada mereka datang senyap2 ke al-Qulais. Lalu dia membuang air besar di situ dan disapunya ke dinding al-Qulais. Apabila Abrahah mendapat tahu org yg membuat angkara ini adalah daripada suku kaum Arab yg sangat mencintai Ka'abah, Abrahah begitu marah dan dia pun mempersiapkan tenteranya hendak meruntuhkan Ka'abah. Dia membawa bersama gajahnya yang besar bernama Mahmud.

Dalam perjalanana Abrahah menuju ke Ka'abah, ada beberapa suku Arab datang menyerang tentera Abrahah bagi menyekatnya daripada meruntuhkan Ka'abah. Tetapi, mereka semua dapat dikalahkan dengan mudah oleh tenteranya yang gagah dan lengkap dengan senjata itu.

Apabila tentera Abrahah sampai berhampiran dengan Makkah, mereka merampas binatang2 ternakan org2 Makkah.Antara yang dirampas ialah 200 ekor unta milik Abdul Muttalib.
Abdul Muttalib adalah datuk Muhammad yg pada masa itu adalah ketua penduduk Makkah. Beliau pun pergi menghadap duduk di bawah sama aras dengan Abdul Muttalib krn menghormati beliau. Abdul Muttalib mminta Abrahah mengembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan org2 Makkah yang dirampas tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu. Abrahah menyangka Abdul Muttalib ingin meminta belas kasihannya supaya jgn mengganggu Ka'abah.

Abdul Muttalib berkata, "Wahai Abrahah, aku ini tuan punya unta2 ini. Oleh itu, aku minta dibebaskan unta2ku. Ka'abah itu ada tuan yang menjaganya. Kalau Ka'abah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan menjaganya. Ka'abah ada Tuhan yg menjaganya!".

Lalu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu org Makkah. Yg penting, dia ingin merobohkan Ka'abah. Abdul Muttalib pn pulang kepada kaumnya dgn membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Makkah menuju ke bukit berhampiran. Dari bukit itulah, org2 Makkah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang hendak dilakukan oleh Abrahah kepada Ka'abah.

Pd hari yg ditentukan, Abrahah arahkan tentera bergajahnya menuju Ka'abah bagi merobohkannya. Tetap gajahnya tidak mahu bergerak walaupn dipukul. Apabila digerakkan ke arah lain, gajah2 itu mahu bergerak, ttpi apabila diarahkan ke arah Ka'abah, gajah itu tidak mahu bergerak. Pada masa itu jugalah, kelihatan di langit awan hitam. Apabila kehitam-hitaman itu semakin dekat, rupa2nya itu adalah sekumpulan burung Ababil yg setiap seekorn daripadanya membawa tiga biji batu kecil.

Sebaik sahaja tiba, burung2 itu melepaskan batu2 kecil ke atas tentera Abrahah. Apabila batu2 kecil itu mengenai tentera Abrahah mulalah daging2 haiwan itu berguguran menjadi hancur. Ramai tentera Abrahah yg mati. Apabila Abrahah melihat hal itu, dia lari, ttpi batu sudah mengenai badannya. Akhirnya Abrahah dan semua tenteranya mati tanpa kecuali. Peristiwa ini ada disebut di dalam Al-Qur'an dalam surah Al-Fiil.

Kisah ini ada disebutkan dalam Al_Qur'an dalam surah Al-Fiil, ayat 1 hingga 5, seperti berikut :


[1]
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
[2]
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
[3]
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
[4]
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
[5]
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Dengan peristiwa itu, bertambah besarlah penghormatan org2 Arab kpd Ka'abah. Apatah lagi bangsa Arab Quraisy dan org2 Makkah mnyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka sendiri.Dgn itu, tahun berlakunya peristiwa itu dinamakan Tahun Gajah. Bermula dengan kejadian ini, org Arab menyusun kalendar mereka berdasarkan peristiwa ini....

No comments: