Tuesday, September 14, 2010

AL-Fatihah buat Datuk Sosilawati dan rakan2...


Salam sejahtera buat rakan2,

Hari ini, aku kembali menulis...dan hari ini juga,Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh kejam...Pukul, bunuh, bakar, buang... inilah yang sebenarnya terjadi kepada arwah Datuk Sosila yg cukup sadis kita mendengarnya...



Aku semakin tidak faham, kenapa manusia semakin menjadi2 perangai kebinatangan, malahan lebih buruk sikap dari binatang...aku merasa terpanggil untuk sama-sama bersimpati serta berjuang atas nama saudara seagama yang mati dibunuh... Sesekali aku terfikir, suspek2 yg ditahan itu smuanya bukan beragama Islam, maka sudah tentu mereka tidak dapat mempertimbangkan mengenai balasan di akhirat kelak, tetapi adakah itu menjadi lesen kepada syaitan2 ini untuk terus membunuh dan membunuh? memang benar, jika didapati bersalah, syaitan2 ini pasti dihukum mati, & setahu aku, di Malaysia,hukuman mati yang diperuntukkan undang2 hanyalah gantung sampai mati..

Sedangkan kita sedia maklum, mangsa2 kes bunuh ini, cara kematian mereka bukanlah kerana digantung, ttapi dipukul sehingga mati, & kemungkinan juga ditikam, lalu dibakar mayat & abunya dibuang ke dalam sungai2 berhampiran tempat kejadian.



Lalu aku terfikir, adakah adil membalas kematian akibat dipukul, dihentak, dibakar dengan kematian cara menggantung pesalah? aku akui, aku mmg kurang dari segi ilmu perundangan dan ilmu undang2 Islam,tetapi jika diikutkan, sebenarnya pesalah2 itu sepatutnya menerima apa yg telah mereka perlakukan kepada mangsa2 tersebut..

Pesalah2 tersebut patutnya dibelasah, dipukul, dihentak, ditikam, dibakar & abu mayatnya dibuang ke sungai2..tp aku pasti, tidak ada dalam peruntukan undang2 negara yang membenarkan perlakuan sebegitu...

Aku sememangnya amat bersimpati dan bersedih dengan kejadian yg menimpa mangsa2 bunuh tersebut..namun aku cuma mampu mendoakan agar keadilan terbela... aku mendoakan agar si pembunuh tersebut mendapat pembalasan yang sewajarnya di dunia & akhirat....


No comments: