Saturday, February 6, 2010

Sensitiviti agama : Lynette oh lynette..



(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)? (AL-BAQARAH : 75)

Hari ini, jam 3.30 februari, aku ada add seorang Sabahans dalam YM aku, baru saja kenal dalam laman web FB, aku terjumpa komen dia dalam kes org Sabah (kalau tak silap la) menghina Nabi Muhammad s.a.w...Dia salah seorang yang menyokong pendapat agar jangan terlalu dihina budak2 2 org tu, sbb nnt org akan salahanggap Islam tu sbg agama yang tak berbudi..

Salah seorang yang menghina tu, namanya Lynette Lincoln,yg sorg lagi tu, aku tak pasti...

ramai sungguh di kalangan org2 Islam menghentam dua orang budak tu, dengan menggunakan perkataan2 yang tak menggambarkan langsung budi bahasa Islam tu..yg mencarutnya, yg memprovokasinya dan macam2 lagi...tambah plak ada sorang mamat yang backing si 2 org minah kecik tu, mamat ni pun kena ugut dan dikata macam2...hmmm, inilah bahana internet kalau disalahguna,mcm2 boleh berlaku...

Si lynette ni plak, dah tau org tgh marah,trus disable account dia or change to some other name,tak nak kena attack lagi..itu la, cakap tak pk dulu...dah kena baru nak lari...

Mmg dalam masyarakat majmuk Malaysia,kena berhati2 dalam mengeluarkan statement tu walaupun klau nak diikutkan, amat banyak laman web yang menghina Islam, menghina Allah dan Nabi Muhammad serta byk lagi hinaan2 yang cukup dahsyat..

Aku ada try bukak satu FB kepunyaan yahudi ni..isi dia...hmmmm...usah dikatala... berapi kalau baca dan lihat...tp apa bleh buat....dah bangsa yahudi mmg macam tu...
mmg yahudi ni dikenali satu bangsa yang liat hatinya, bukan saja tak terima ajaran di kalangan Nabi2, tp siap membunuh pulak nabi2 terdahulu.. Allah dah terangkan dalam hal ni melalui FirmanNya dalam Al-Qur'an, al Baqarah ayat 87;

"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?"

Alhamdulillah, aku pn dah dapat differentiate skit between Judaism dan Zionisme, apa fahaman yang dibawa masing2...bukan apa,ini smua untuk kuatkan pegangan agama Islam aku walaupun ilmu aku macam atom dan molekul2 kecik sekeliling kita...aku pn dok tgk jugak ayat2 al-Qur'an berkenaan dengan agama2 samawi lain, termasuk nasrani... bagaimana tangan2 mereka mengubah ayat2 dalam kitab Injil demi keuntungan dunia yang sedikit...dalam hal ini, Allah berfirman dalam Al-Qur'an, surah Al-Baqarah ; ayat 79

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu."




Para pendeta Kristian dan Yahudi adalah dua golongan yang saling tuduh menuduh bahawa mereka itu dalam golongan yang benar,tapi Allah berfirman dalam Al-Qur'an yang menerangkan kedudukan Yahudi dan Nasrani ini seperti tercatat di dalam Surah Al-Baqarah : ayat 113.


"Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”; dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama yang benar)”; padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang-orang (musyrik dari kaum Jahiliyah) yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya." (Al-Baqarah : 113)


Sbb tu jugak aku cuba wujudkan blog ni, bukan untuk aku saja,tp utk kawan2 yg nak tau serba sedikit apa yang aku baca,aku nak share ngan kawan2 apa yang aku fahami demi untuk aku dan juga org2 lain...sbb tu, aku tak heran, klau yahudi ni, sampai kiamat, takkan menerima apapn ayat yg tidak memberi kelebihan kat geng2 depa..

Pasal yahudi ni, aku salu refer kisah Nabi Musa yang bermati2an pertahankan Bani Isra'el dari cengkaman fir'aun laknatullah, tp sampai skrg, hati2 keras Yahudi tu tak berubah....selepas satu mukjizat, satu mukjizat yang lain, tp bani Isra'el itu kebanyakannya mmg hati dan sebati dgn hasutan syaitan...tak mungkin dapat diubah lagi hinggalah hari kiamat...tambah plak dengan kewujudan kitab Talmud yang merendah2kan kedudukan nabi, malahan merendah2kan kedudukan Allah (laknat Allah ke atas mereka), dan mengagung2kan pendeta2 dan rabbi2 Yahudi, bertambah2la kekufuran mereka ni....

InshaAllah,dgn wujudnya blog ni,ambillah apa2 yang baik, dan buanglah apa2 yang buruk darinya..yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari gua sendiri...

No comments: