Wednesday, September 22, 2010

USD menjunam lagi!!!!!Wang kertas oh wang kertas....

aduhai,aku tengok dolar amerika ni smakin susut nilai dia..sblm ni, aku ada posting pasal currency ni, USD 1 = RM3.09...skg ni harga dia dah jatuh jadi USD 1=RM3.01, skit lagi nak terjun ke RM2 lebih...itu maknanya pengukuhan mata wang RM berbanding USDla...bagusla macam tu...biar sampai USD1 = RM2 lagi bagus...tp mustahil la...

tp aku terpikir sejenak tentang hasrat kerajaan ingin membuka kembali dagangan mata wang kita....

takut jugak kalau2 menjunam skali lagi....hmmm...

BACA NI....simple dan senang paham walaupun agak panjang penerangan dia..

Beberapa Masalah Wang Kertas



a) Wang kertas jika disimpan di rumah (dalam tabung atau di bawah tilam misalnya) akan disusut nilai oleh kuasa pasaran lebih-lebih lagi jika disimpan untuk jangka masa yang lama. Dalam keadaan sekarang sekiranya dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat, uang tersebut boleh disusut nilai dalam tempoh sehari malahan sejam sahaja.

b) Jika demikianlah sifat uang yang disimpan di rumah, ini bererti kita 'terpaksa' menyimpan wang di bank kerana di situ lazimnya wang akan ditokok tambah melalui faedah. Oleh itu susut nilai boleh dielakkan menurut kadar semasa yang diberikan oleh pihak bank. Ini bermakna faedah yang kita dapat dari bank bukanlah keuntungan tetapi pembetulan untuk susut nilai yang berlaku.

c) Kemungkinan juga wang yang disimpan di bank pun tidak selamat dari susut nilai yang berlebihan. Malahan wang kertas kita boleh lupus langsung kerana sama ada akaun dibekukan atau bank ditutup. Keadaan itu sudah menjadi agak lazim sekarang di beberapa negara luar. Faedah 100% setahun pun sudah tidak bermakna lagi apabila susut nilai wang semakin menjadi-jadi seperti yang dialami di Indonesia iaitu wang disusut nilai melebihi 600% (Utusan Malaysia 1998c).

d) Apabila kita meminjam 1juta rupiah dari sahabat kita dan kita pulangkan 1 juta rupiah itu selepas 10 tahun sebagai contoh, kita katakan tiada riba. Dari segi kuantiti memang betul tiada riba. Tetapi 10 tahun lagi 1 juta rupiah tidak mempunyai nilai atau kuasa membeli yang sama. Tentulah tidak adil peminjam membayar pada kadar yang sama sebegini walaupun tidak digelar riba.

Contoh-contoh di atas dapat dikaitkan dengan kenapa zaman sebelum merdeka dahulu kita boleh bercakap tentang setengah sen dan suku sen. Menurut pakar ekonomi, perkara ini berlaku kerana faktor inflasi. Tetapi mengikut takrifan Adam Smith (George J W Goodman 1982) di dalam bukunya Paper Money, inflasi bermakna cukai tersirat yang disebabkan oleh lebihan wang kertas yang tercetak.

Perlu diingatkan bahawa wang kertas seperti dolar Amerika Syarikat dahulunya bersandarkan emas. Setiap cetakan wang kertas mestilah bersandarkan jumlah emas yang tertentu. Dengan demikian wang kertas yang kita gunakan sebenarnya ialah resit untuk kita tuntut emas dari pihak yang berkenaan. Kertas ini dijamin oleh kerajaan biasanya dengan tulisan 'sah diperlakukan' sebanyak mana yang tercatit di atasnya. Resit ini sebenarnya jarang kita guna untuk menuntut emas tersebut. Sebagai contoh pada muka hadapan wang kertas 10 dolar Amerika Syarikat siri 1928 ada tercatit " Redeemable in gold on demand at The United States Treasury............." (Peter Kershaw 1994).

Sejak Ogos 1971 Presiden Nixon telah memutuskan hubungan di antara emas dengan wang kertas dolar Amerika Syarikat. Ketika itu pihak Amerika Syarikat memerlukan belanja yang banyak untuk membiayai perang di Vietnam. Keputusan itu dibuat kerana tuntutan dari negara-negara yang menyimpan dolar untuk mendapatkan emas sudah melebihi emas yang ada di dalam simpanan. Ini berlaku kerana lebihan cetak wang kertas. Keadaan ini menyebabkan negara Amerika Syarikat tergugat kerana peras ugut melalui tuntutan emas (Adam Smith 1982, Kurtzman 1993).

Tanpa piawaian emas, pihak bank Amerika Syarikat bebas mencipta wang melalui cetakan wang kertas tanpa ikatan dengan simpanan emas lagi. Maka wang kertas dolar pun menjadi wang spekulasi kerana tiada sandaran emas lagi. Semua wang kertas di dunia yang mengambil dolar sebagai bandingan pun turut tiada bersandaran emas.

Kurtzman berkata keputusan yang dibuat Nixon telah menjadikan wang yang asalnya suatu yang benar dan nyata kepada suatu abstraksi tersimpul atau twisted abstraction (Kurtzman 1993). Dalam buku yang sama dikatakan bahawa wang kertas itu masih lagi suatu nota janji untuk pembayaran tetapi pembayaran apa kepada siapa? (It is still a promise to pay. But to pay what to whom?)

Menurut James Dines, penulis buku Mass Psychology, tindakan memarahi spekulator wang masih lagi belum mencukupi kerana katanya ini adalah suatu low state of blame selagi kita belum mempertikaikan sistem wang kertas itu sendiri dan kembali kepada emas dan perak semula (Dines Letter 1997).


Chow..

No comments: