Friday, September 17, 2010

Maka bercerailah dikau wahai jin,jasad & nyawamu..



Video yg aku upload ni berkenaan dengan rasukan jin terhadap manusia.... mmg dah diterangkan dalam Al-Qur'an tentang kwujudan jin yg hidup berkongsi hidup di dunia ini dengan manusia....



Bukti kewujudan mereka, maka Allah telah menurunkan dalil al-Quran dengan nama mereka. Diterangkan tentang mereka di dalam Al-Quran. Allah s.w.t berfirman:

 Katakanlah (hai Muhammad) " telah diwahyukan kepadaku bahawasanya : sekumpulan jin telah mendengar (al-Quran), lalu mereka berkata : sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan. (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar,lalu kami beriman kepadanya dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami. 
(Surah al-Jin : 1-2 )

Hakikat dan sifat jin:
Jin adalah roh daripada perkara ghaib yang tidak kita ketahui tentang kewujudannya kecuali melalui pemberitahuan yang benar, kita juga tidak akan dapat mengetahui tentang hakikatnya dan sifatnya kecuali daripada jalan dirinya, telah datang kepada kita berita yang benar, iaitu: daripada Rasulullah s.a.w. -menyebut separuh daripada hakikat mereka dan sifat mereka.


Telah diterangkan di dalam al-Quran al-Karim sifat-sifat seperti yang berikut :
1-Sesungguhnya mereka bersifat dengan selain dari sifat malaikat dan manusia, mereka dijadikan dari lidah api, daripada campuran api, Allah ta'ala berfirman:
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar. Dan Allah menciptakan jin dari nyala api.
(Surah al-Rahman: 14-15)




JIN BERBOHONG JIKA MENGATAKAN MEREKA MENGETAHUI AKAN PERKARA GHAIB

Allah telah menceritakan bahwa jin sendiri tidak tahu dgn kematian Nabi
Sulaiman sehinggalah anai2 memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan barulah jin2 itu mengetahui akan hakikat bahawa Nabi Sulaiman akhirnya wafat..dan Allah
berfirman:

"Kalaulah mereka (jin2 Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang gaib
nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (berkerja susah
payah berkerja walupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (14:Saba)



Banyak jugak pengalaman aku berdepan dengan alam gha'ib ini, tp x perlulah aku ceritakan kesemuanya...cukup bila aku katakan,aku punya perasaan dendam terhadap jin2 satu ketika dulu...ntah tiba2 waktu tu,aku rasa seperti nak membunuh jin2 yg mengacau bilaukan keluarga aku....tp alhamdulillah, dengan izin Allah, maka kesemuanya telah selesai...

Kepada manusia di luar sana yg menggunakan khidmat jin dan makhluk halus utk memporak perandakan kehidupan org lain, ingatlah bahawa satu hari nnt, samada di dunia atau di akhirat, pasti akan menerima azab yg maha pedih dari Allah s.w.t.. Ingatlah bahawa jin itu tidak dapat mendatangkan mudharat kepada manusia melainkan dengan keizinan Allah sahaja.

Perkara ini diterangkan dalam surah al-Jinn, ayat 21 dan 22 yang bermaksud;
[21]
Katakanlah lagi; ” Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
[22]
Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

Jin2 tersebut juga tidak boleh dan tidak dapat mengetahui sama sekali akan rahsia2 di langit, tentang perkara2 ghaib kerana dikawal oleh para malaikat dan perkara ini telah dinyatakan di dalam al-Qur'an, surah al-Jinn, ayat 8 dan 9;

[8]
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
[9]
`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

Maka,ketahuilah saudara2 yg di luar sana, bahawa makhluk jin ini tidak mempunyai apa2 kelebihan,apa2 kekuatan melainkan dengan keizinan Allah s.w.t jua... & jgnlah di antara kita ada yg kufur dan memohon pertolongan selain dari pertolongan Allah.. barangsiapa yg menghambakan diri kepada makhluk selain Allah, maka tunggulah azab akan menimpanya di dunia dan di akhirat..




Wallahua'lam..

2 comments:

Fath_n!e$@ said...

hurm....fath tak pernah alami jin masuk badan so far..Alhamdulillah dan minta simpang la semua ni..tp fath pernah ada xperience bila mmber bilik kena benda2 ni....first time kt TI Penang...siap panggil imam masjid negeri lagi... second time kt uni. yg first time mmg cuak gak r..tp yg second time dh ok..sebab yg ni tak teruk sgt....nanti bila fath dpt cr satu video ni, fath tagged bro. yg video ni, sebab dengki punya pasal..anak sendiri tak berjaya masuk universiti, nak penaya anak org lain supaya dia pun tak leh masuk uni....

NazRio said...

ok...fath tag saja..bro nak tgk...bro pn ada cita pasal ni,tp x elok nak war2kan dalam blog..kalau fath nk tau, call bro terus... bro bleh cita...:)