Saturday, February 6, 2010

Lahirnya Muhammad: Padamnya api majusi, runtuhnya istana Farsi...

Byk pkara pelik blaku smasa kelahiran Muhammad. Hassan bin Thabit, pnyair Muhammad menceritakanslh satu drpd tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun.

Pada hari itu aku berada dalam majlis org2 Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini hanya muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hassan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad, dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib...

Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri Syam dengan tiga org sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, bahawa akan lahir seorang nabi di Makkah bernama Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat2 mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu, org2 Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun dahulu yang tidak pernah padam sebelum ini akhirnya terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yg berdekatan dengan istana Raja Farsi itu tertimbus.

Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian2 pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli2 nujum dan pendeta2nya yang dapat berhubung dengan jin. Jin2 sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit dan mendengar berita di langit tentang apa yang akan berlaku di dunia. Merekalah memberitahu berita2 ini kepada pendeta2 dan ahli2 nujum. Dari sinilah pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berfirman dalam surah Al-Jinn ayat 9 yang bermaksud ,

"`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya."

Ada antara pendeta ini yang menyebutkan pada kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.Kisra bertanya maksud 14 anjung istana yang runtuh. Mereka berkata, "Kerajaan Farsi akan diperintah oleh 14 org kisra lagi dan selepas itu kerajaan Farsi akan jatuh." Kisra berkata, "14 org kisra lagi, memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlulah dirisaukan."

Selepas kematian kisra ini, anak2nya berebut kuasa. Dalam masa 4 tahun sahaja, 10 org kisra memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad...

1 comment:

Anonymous said...

thx a lot! kisra uh name raja parsi uh ek?

sbb ad tbc yg kisra uh asl dr word kisrun=istana. btol ke?