Thursday, September 23, 2010

PTPTN..Bila nak habis hutang ni...

Aku skrang nak cakap pasal isu yg aku rasa bukan saja penting untuk aku, tp untuk ribuan graduan yang ada di luar sana..

PTPTN...sapa yang tak sedia maklum dengan perkataan ni...baru2 ni ada pengumuman PTPTN nak potong gaji tahun 2011,ok la tu..aku tak kisah...tp cepat pulak PTPTN ni kalau bab potong gaji...



Aku ni bukanlah seorang yg degil tak bayar terus PTPTN, tp aku pn tak la baik sangat sebulan bayar seribu untuk PTPTN.. Sebulan, interest (kos pentadbiran, ehem ehem...) aku mencecah RM65...

bayangkan brapa aku kena bayar untuk setahun...65 X 12 bulan = RM780...
aku grad tahun 2005.. ..maknanya RM65 X 12 bulan X 5 tahun = RM3,900 untuk caj perkhidmatan saja..

bayangkan kalau sebulan aku bayar 100...kali 12 bulan = 1200 - 780 (kos pentadbiran, ehem2)....cuma 420 saja yg ditolak dari hutang pokok, yg baki 780 tu pegi ke bunga... aduhai...

Itu tak masuk charge masa aku baru lepas grad...masa tu, aku tak dapat keja lagi, pun nak kena bayar RM65 plus pokok... nak bayar macamane kalau tak keja..takkan nak suruh aku rompak bank kot?

Baru2 ni kerajaan ada cakap, pemotongan 3 peratus dah dijalankan 2 tahun lalu,


Klik sini tp sampai sekarang ni PTPTN aku masih kena charge 3 peratus...dah 2 tahun tuuuu...hmmm...aku jugak yg kena bayar...

aku pun nak penjelasan kenapa smpai sekarang aku masih dikenakan pinjaman PTPTN 3%? aku tak layak ke dapat 1%?kalau tak layak, cakap la awal2 kat aku ..tak la aku menunggu seperti bulan jatuh atas kepala....dah 2 tahun aku menunggu PTPTN hantar surat ke ape ke...tp apa pn tarak..aku masih kena bayar mcam biasa..

tp kawan aku cakap td, pemotongan gaji untuk PTPTN tak jd dilaksanakan pada 2011, sebaliknya hanya akan dibuat pada 2013...sbb byk protes...hmmm...lega skit.. bayar aku tetap akan bayar,tp itula...rugi la aku...bayar 100 kalau, 65 ditolak interest @ caj perkhidmatan, ehem ehem....bakit 35 tu saja yang tolak hutang pokok....aduhai....

& sekarang aku tetap menunggu jawapan PTPTN tentang caj perkhidmatan 1% tu.. menunggu dan terus menungguuuuuuu....aku dah hantar request kat PTPTN pasal ni,hrp2 ada la jawapan dari PTPTN..jgnla amik masa sampai 2 tahun baru nak jawab...ok?

chow...

No comments: